Sabtu, 19 Februari 2011

Kerana Spiderman, murid darjah 1 mengamuk di bilik guru..


Hai, hari ini ED nak berkongsi cerita pasal kejadian pagi tadi di sekolah. Untuk pengetahuan anda, hari ini di sekolah ED bersekolah seperti biasa. Sekolah ganti sebab masa tu cuti raya cina seminggu. Terus sahaja ke tajuk catatan hari ini, pagi tadi ada seorang budak darjah 1 mengamuk di bilik guru. Buat bising je la budak tu.. Nak tahu kenapa? Budak tu mengamuk sebab mengantuk. Ni kes malas pergi sekolah, lepas tu mak dia paksa sekolah juga.. Cuba teka, sebab apa budak darjah 1 tu mengantuk? Budak tu mengantuk sebab malam tadi dia tengok Spiderman kat TV3. Tadi malam kan ada Spiderman dalam slot Mega Movie. Adoi... ED memang tak faham pasal kejadian hari ini. Ada juga kes macam tu?



 Yang paling bengang, budak tu tak nak masuk kelas. Bila dipaksa masuk kelas, tu yang budak tu mengamuk.. Untuk mententeramkan budak tu, cikgu2 cuba letak budak tu kat bilik guru. Bila sampai di bilik guru, budak tu semakin mengganas dengan membaling-baling kusyen kerusi rotan yang ada di bilik guru. Melampau kan? Jom lihat gambar yang sempat ED tangkap untuk pengajaran kita bersama.


Budak ini telah membuat kecoh di bilik guru. Abis kusyen2 dibongkarnya.. Apa perasaan anda?


Tengok Spiderman sampai pukul 12 malam boleh. Masuk kelas tak nak pulak..


Sebab budak ni tak makan pujuk, dia diletakkan di luar bilik guru dan dia dibiarkan menenangkan fikirannya. Akhirnya, selepas 3 jam dia menenangkan fikiran di luar bilik guru, dia kembali pulih dan masuk ke kelas semula.

Pengajaran daripada kes hari ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka gembira untuk ke sekolah. Janganlah terlampau memanjakan dengan menuruti apa sahaja kemahuan anak. Nanti, buruk padahnya. Kepada murid-murid lain, tengok TV berpada-pada ye. Jangan sampai tak pergi sekolah. Dulu masa ED bersekolah, ED memang suka tengok TV, tapi ED tak pernah ponteng sekolah sebab TV. Okelah, udada ubabye!!


ED: Mungkin ada yang tanya, kenapa tak rotan budak tu? Excuse me, guru tak boleh merotan murid lagi di zaman kini.

2 ulasan:

  1. tv3 tu yg teruk.iklan banyak sgt.mesti lah rancangan tu smbg lps nightline.smpai la pkul 1 pg.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi