Jumaat, 18 Februari 2011

Carta lagu-lagu patah hati terbaik yang sukar untuk dilupakan..


Hai, tadi balik sekolah ED dengar radio Era. Dengar pulak lagu Lestari - Mahligaimu Dari Airmata. Aduh.. sedihnya lagu ni. Tiba-tiba je ED nak wat carta lagi. Alhamdulillah, blog EDtv semakin mendapat perhatian daripada pembaca. Ada yang dah tahu identiti blog ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan. Berbalik kepada carta, hari ini ED nak buat carta Top 5 lagu-lagu patah hati yang popular tahun 90 an. ED nak mengimbas balik memori zaman ED bersekolah dulu. Siapa yang nak mengimbas nostalgia silam atau yang sedang patah hati, dengarlah lagu-lagu ini ye.
 
 Carta Top 5: Lagu-lagu Patah Hati 
yang Hits satu masa dulu

Nombor 5: Lestari - Mahligaimu Dari Airmata. Lagu yang menyentuh jiwa.


Nombor 4: Spoon - Rindu Serindu Rindunya. Sangat fenomena lagu ni masa ED bersekolah dulu.


Nombor 3: Safura dan Oney - Jangan Menangis Sayang. Dengar lagu ni jangan menangis tau!


Nombor 2: Azie - Pelamin Anganku Musnah. Sedih betul lirik dan melodi lagu ni.


Nombor 1 (JUARA): Ukays - Pahit Akan Manis Jua Akhirnya. Memang terbaik lagu ni. Dengar banyak kali tak akan jemu.



Macam mana? Sedih tak dengar lagu diatas? ED memang suka dengar lagu-lagu sedih ni. Hehe... Kepada anda yang sedang bersedih, jangan terlalu sedih sangat. Semua perkara sedih yang berlaku ada hikmahnya. Teruskan bersama EDtv untuk mengetahui carta-carta lagu yang terbaik, berita selebriti terkini, drama-drama pilihan ED dan bersembang secara maya. Hanya yang terbaik untuk pembacaan anda. Udada Ubabye!!


ED: suka duka silih berganti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi