Hai, tengok tak rancangan Apa Saja FBI siaran Jumaat lepas? ED sempat tengok 5 minit terakhir je.. Terkejutnya bila FBI menjemput Ziana Zain dan peminat fanatiknya Ziana Zain 2. Siapa Ziana Zain 2? Ala, peminat Ziana Zain yang mula popular tahun lepas melalui program Mentor 4. Kalau Ziana Zain buat persembahan, dia pun sibuk juga buat gaya persembahan Ziana kat tempat penonton. Lawak betul la mamat ni..
Video yang menunjukkan dia betul2 minat Ziana Zain
Semalam ED tak melepaskan peluang untuk menonton siaran ulangan Apa Saja FBI jam 11.30 pagi di TV9. Topiknya pasal peminat fanatik. Barulah ED kenal pasal mamat yang suka meniru gaya Ziana Zain ni. Nama betul dia, Nik Aidi Azhar dan berasal dari Kelantan. Kata Nik, dia minat Ziana Zain sebab dia cantik dan seksi. Bila FBI tanya Nik, adakah awak juga seksi? ED memang tergelak besar mendengar jawapan dia. Nak tahu apa jawapan dia?
"Bila saya dah make up, saya pun nampak seksi macam Ziana Zain".
Adoii, tak tahan dengar jawapan dia. Apa2 la Nik Aidi Azhar, berani buat berani tanggung ye.. Hari ini ED nak ZZ pasal Ziana Zain 2 ni. Jom..
5 yang Zest tentang Ziana Zain 2!
- Dia peminat setia yang paling sopan, kata Ziana Zain dalam rancangan tu.
- Dia memang peminat setia Ziana Zain. Susah nak cari orang yang betul2 setia macam tu.
- Dia memang kelakar. Pernah menjadi pelakon tambahan dalam drama Duyung Aridinata sebagai Duyung 2 alam.
- Setiap kali dia datang rumah Ziana Zain, dia akan bawa keropok untuk keluarga Ziana.
- Suka mengambil berat pasal kehidupan Ziana Zain. Kau ada? hehehe...
5 yang Zrett tentang Ziana Zain 2!
- Cara berpakaian dia melanggar etika masyarakat tempatan.
- Make up over sangat la.
- Ada segelintir masyarakat yang sensitif dengan perwatakan dia.
- Terlalu berani menonjolkan diri dengan keadaan seperti itu.
- Bila dia menyanyi, besar suaranya. Hehe.. Jangan marah. Jom lihat dia menyanyi..
Sedap tak suara dia?
Okelah, sampai di sini sahaja catatan ED untuk anda. Akhir kata, minat orang berpada-pada ye.. Jangan keterlaluan. Udada Ubabye!!
ED: Glamour Nik Aidi Azhar, dapat gelaran Ziana Zain 2.. Mahal tu gelaran dia..
tp seriously dia sgt baik & peramah... klu org tegur dia baik2 lah~
BalasPadamorg kutuk pun cool je.. tp kdg2 kesian kat dia sebab each time audition utk mana2 realiti dia akan join...walaupn dia tau dia xkan dpt masuk...
btw, yg salah tetap salah, cuma semangat ngan confident level dia tu je yg OK...
TQ atas perkongsiannya..
Padam