Hai, hari ini ED kembali menulis blog. Kepada warga Johor, esok ada karnival Jom Heboh di Danga Bay. Sebut pasal Jom Heboh, ED rasa Jom Heboh semakin lama semakin kurang kemeriahannya. Mungkin karnival tu dah menjadi program biasa yang diadakan setiap tahun. Berdasarkan pengalaman ED pergi Jom Heboh tahun lepas di Danga Bay, ED rasakan karnival tersebut semakin kurang meriah. Gerai2 yang mengambil bahagian semakin berkurang. Contohnya, tahun lepas tiada gerai Power Root. Selalunya gerai Power Root menawarkan barang dengan harga murah. Artis yang ED jumpa tahun lepas pun kurang.. Ada la jumpa Roslan Shah mempromosikan produk Mamee dan beberapa lagi artis yang lain.
ED nak ZZ pasal Jom Heboh la hari ini. Jom..
5 yang Zest tentang Jom Heboh!
- Kita boleh beli barang dengan harga murah. Contohnya, 1 beg biskut Munchy berharga RM10.
- Untung nasib boleh jumpa personaliti TV3.
- Ada aktiviti menarik yang dapat mengeratkan hubungan personaliti TV3 dan masyarakat.
- Yang best, kita dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
- Dapat bergambar dengan artis. Ikut nasib la..
5 yang Zrett tentang Jom Heboh!
- Biasanya artis yang mudah dijumpai adalah artis2 yang kurang popular.
- Kadang2, pengunjung akan diminta untuk menderma jika mahu bergambar dengan artis popular.
- Tak suka bila promoter2 tertentu macam memaksa membeli barang mereka.
- Konsert Jom Heboh semakin lama semakin membosankan..
- Semakin lama semakin kurang gerai produk2 yang mendapat sambutan hangat pengunjung.
ED tak tahu lagi nak pergi ke tak karnival Jom Heboh esok atau lusa. Catatan ni hanya pendapat peribadi sahaja. Kepada sesiapa yang mahu pergi ke Jom Heboh, jangan lupa bawa payung. Kalau hujan atau cuaca terlalu panas, anda boleh guna payung. ED akhiri dengan gambar-gambar yang sempat ED tangkap semasa pergi ke Jom Heboh sebelum ini. Udada Ubabye!
Memori Jom Heboh 2008 (Stadium Bukit Jalil)
Memori Jom Heboh 2009 (Danga Bay)
Memori Jom Heboh 2010 (Danga Bay)
ED: Jom Heboh Heboh, Jangan Qepoh Qepoh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan