Ahad, 17 April 2011

Kisah Benar: Misteri Hotel Katerina Batu Pahat

Hotel Katerina Batu Pahat, Johor

Hai, cerita hari ini tentang Hotel Katerina Batu Pahat, Johor. Pada 28 hingga 31 Mac yang lalu, ED telah mengikuti Kursus KSSR Pendidikan Moral di sana. Semestinya ED menginap di kamar hotel tersebut. Kamar ED bernombor 515. Ada kisah misteri semasa ED berada di hotel tersebut. ED nak kongsi cerita bersama anda, jom...

 Di dalam kamar 515 Hotel Katerina

 Sedapnya tidur di katil ini.. Empuk!

 Paling penting TV, setiap bilik dilengkapi dengan TV.

Semasa ED berada di hotel tersebut, mata sebelah kanan ED sakit dan gatal. Pada hari pertama, ED rasa macam nak terkena tembel. Tapi selama 4 hari di sana, mata ED tidak membengkak cuma sakit dan gatal dikelopak sahaja. Rimas memang rimas dengar kursus dengan mata yang sebegitu rupa. Dugaan betul la.. Selamatlah mata ED nampak normal sahaja semasa berada di sana, cuma pada batin mata je yang sakit. ED memang tertekan memikirkan keadaan mata ED yang sakit. ED risau kalau ada apa2 serius berlaku pada mata ED.

Ini pelapik gelas. Tiba2 tangan terasa gatal nak ambil gambar ni. hehe..

Setelah tamat kursus dan apabila ED sampai di rumah, mata yang sakit kembali normal dengan tiba-tiba. Pelik kan? ED ingat baru je nak pergi klinik bila sampai di rumah. Persoalannya, kenapa boleh jadi macam tu? Misteri apakah ini? Adakah ini hanya kebetulan atau hotel tersebut memang berhantu? Wallahu alam.. Yang penting, ED bersyukur telah selamat berkursus di sana dan mata ED juga tiada apa-apa sehingga kini. Udada Ubabye!


ED: Ingat Hotel Katerina, mesti ingat kes video ahli politik "tuuuutt..."

3 ulasan:

  1. Hey Ed,

    Great post! We enjoyed our stay at Katerina Hotel as well! Do check out our post!

    Happy travels!

    Tom,
    2bearbear.com

    BalasPadam
  2. Sy baru balik kursus kat hotel tu....masa nk tidur sama ada tidur dan jaga ada segerombolan lebah hitam yang membentuk tubuh manusia nk dtg dekat sy...terus terjaga...

    BalasPadam
  3. Sy baru balik kursus kat hotel tu....masa nk tidur sama ada tidur dan jaga ada segerombolan lebah hitam yang membentuk tubuh manusia nk dtg dekat sy...terus terjaga...

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi