Ahad, 10 April 2011

Lisa Surihani dan Yusri KRU, bersahabat atau ...?

 
Lisa Surihani
Hai, selamat berhujung minggu. Pertama sekali, ED nak minta maaf kepada para pembaca kerana hampir seminggu ED tak update blog. Ini kerana ED sibuk dengan kerja. Hari ini ED kembali menulis cerita-cerita yang sesuai dengan anda. Topik hari ini pasal Lisa Surihani dan Yusri KRU. ED dapat tahu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, Lisa dan Yusri telah menghadiri teater Lat di Istana Budaya pada Jumaat lepas 1 April 2011. Yang hairannya, Lisa, ibunya dan Yusri datang dengan menaiki satu kereta.  Macam ada apa-apa je? hehe..

 Lisa Surihani dan Yusri semasa menonton teater Lat
(maaf, hanya gambar ini je yang ada)

Ramai saksi mata yang melihat keakraban Lisa Surihani dan Yusri, tetapi mereka biasa saja.. Anda rasa mereka bercinta atau teman tapi mesra atau sahabat untuk selamanya? Hanya Tuhan dan mereka sahaja yang tahu. Bagi pendapat ED, mereka hanya bersahabat sebab sebelum ini Yusri pernah keluar tengok wayang bersama Maya Karin. So, tidak hairanlah kalau Yusri keluar dengan sahabat artisnya yang lain. Ingat, berkawan biar 1000.


Yusri dan Maya Karin pernah keluar bersama menonton wayang bersama
kredit gambar: mstar

Okelah, dikesempatan ini juga ED juga nak berterima kasih kepada pengikut-pengikut blog EDtv yang baru. Terima kasih kepada blog Ben Ashaari kerana membantu ED menambah rakan blogger. ED akhiri dengan lagu Teman Tapi Mesra yang pernah menjadi kegemaran ED dulu ye. Udada Ubabye!


ED: Kepada pembaca blog EDtv, kita adalah sahabat.

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi