Hai, Selamat Hari Buruh! Topik hari ini ialah Drama Juvana yang sedang ditayangkan di TV3. Setelah menonton episod pertama drama tersebut minggu lepas, drama ini mempunyai daya tarikannya tersendiri. Kita seolah-olah berada dalam situasi pelajar-pelajar di sana apabila menonton drama ini. 2.4 juta penonton telah menonton drama ini pada episod pertama.
Zahiril Adzim sebagai Daim (bakal popular selepas ini..)
Sedikit sinopsis, drama Juvana menceritakan kehidupan Daim yang telah dituduh membunuh ibu & teman lelaki ibunya. Sebenarnya dia tak bersalah dan nasib tidak menyebelahinya. Dia terpaksa dimasukkan ke dalam Sekolah Wira Bakti (sekolah untuk pelajar2 yang bermasalah). Bayangkan, Daim dah la tak bersalah, lepas tu kena buli pulak kat sekolah tu. Memang emosi anda akan tersentuh la tengok drama ni. Dijamin! Okelah, jom kita ZZ drama ini.
5 yang Zest tentang Drama Juvana!
- Jalan ceritanya lain daripada yang lain dan pertama kali Malaysia tayangkan drama sebegini.
- Lakonan Zahiril Adzim memang mantap dan membuatkan penonton bersimpati.
- Babak Cikgu Zakiah (Izreen Azminda) sangat menarik untuk ditonton. Cikgu Zakiah tetap bersabar walaupun dibuli oleh pelajar2 di sana.
- Kehidupan pelajar2 dalam drama ini memang pernah berlaku di sekolah2 bermasalah di luar sana.
- Yang paling ED suka, drama ini penuh dengan iktibar dan pengajaran.
1 sahaja yang Zrett tentang drama ini!
- Kenapa Zahiril Adzim (Daim) tidak dibotakkan kepalanya? Ramai pelajar lain yang berkepala botak dan hampir2 botak dalam drama ini. hehe..
Ini Botak. watak yang paling dibenci penonton.
Apakah kesudahan drama ini? Siapa yang sebenarnya telah membunuh ibu dan teman lelaki ibu Daim? Akankan Cikgu Zakiah berjaya menawan hati pelajar2 di sana agar suka kepadanya? Teruskan menonton drama Juvana, setiap hari Isnin jam 9 malam di TV3.
Izreen Azminda sebagai Cikgu Zakiah yang penyabar.
Akhir kata, pengajaran yang dapat diperolehi daripada drama ini, kita janganlah menilai orang daripada luaran. Kadang-kadang seseorang itu melakukan kesilapan bukan atas kemahuannya. Ramai orang mengeji dan mencaci kepada orang-orang yang gagal dalam hidup. Kan lebih elok kita mendekati dan membimbing mereka. Mari kita ubah mentaliti dan terima realiti. Udada Ubabye!
ED: Mentaliti manusia kadang2 salah mentafsir realiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan