Jumaat, 3 Jun 2011

Carta Top 5 lagu-lagu terbaik untuk pengantin baru

Gambar Hiasan
 
Assalammualaikum. Topik hari ini tentang undangan perkahwinan. Ramainya orang yang akan berkahwin esok dan lusa kan? Melalui pembacaan ED di facebook, ramai orang yang akan berkahwin esok dan lusa. Esok dan lusa juga ED ada banyak jemputan kerja kahwin. ED rasa, ramai orang yang berkahwin esok atau lusa disebabkan cuti sekolah dan hari Sabtu juga merupakan Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agung Malaysia. So, mesti ramai kerabat keluarga yang dapat hadir.

Khas untuk hari ini, ED nak buat Carta Top 5 lagu-lagu terbaik untuk pengantin baru. Lagu-lagu yang disenaraikan ini merupakan lagu-lagu yang ED suka dengar di majlis-majlis perkahwinan. Jom, kita naikkan lagi mood musim perkahwinan dengan melayan carta ini.


Carta Top 5: 
Lagu-Lagu Terbaik Untuk Pengantin Baru

Nombor 5: Lagu Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak. Lagu yang selalu kita dengar kan?



Nombor 4: Lagu Direnjis-renjis - Saloma. Lagu ni memang menaikkan lagi suasana majlis perkahwinan.



Nombor 3: Barakallah - Maher Zain. Trend muzik terkini, banyak juga kedengaran lagu ni di majlis2 perkahwinan.



Nombor 2: Lagu Kompang Dipalu - Waheeda dan Izam. Walaupun bukan kategori lagu klasik, tetapi irama dan melodinya memang best.



Nombor 1: Lagu Nasi Minyak - Hail Amir dan Uji Rashid. ED suka sangat lagu ni. Terbaik!!



Okelah, ED nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anda-anda yang bakal melangsungkan perkahwinan. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. ED akhiri dengan sebuah video klip lagi yang harap-harapnya dijauhkan dengan diri anda. Jom layan dan Udada Ubabye!!



ED: Jalan-jalan cari nasi minyak. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi