Sabtu, 4 Jun 2011

Drama Dewa Chinta, kontroversi Fasha Sandha dan Iqram Dinzly?

Fasha Sandha dan Iqram Dinzly

Hai, semalam banyak surat khabar mengeluarkan kisah tentang Fasha Sandha marah kepada seorang pelakon baru. Pelakon baru tersebut merupakan pasangan Fasha dalam drama terbarunya Dewa Chinta. Pelakon baru tersebut ialah Iqram Dinzly. Baru ke? Hehehe.. Kecoh sekejap kes tu sebab Fasha Sandha marah guna Facebook manakala Iqram Dinzly mempertahankan dirinya menggunakan Twitter. 

Akan datang di TV3, drama Dewa Chinta lakonan Fasha Sandha
Punca Fasha Sandha marah kerana Iqram Dinzly lewat hampir 4 jam ke lokasi penggambaran. Kalau ED jadi dia pun, ED akan marah. huhu.. Alasan Iqram, keretanya rosak. Yang menyakitkan hati Fasha lagi, Iqram tak minta maaf kepada krew2 di sana termasuk pelakon malahan dia mempertahankan dirinya di Twitter. ED tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mungkin semua yang berlaku adalah salah faham.

 
Sebelum ini, Iqram Dinzly tidak pernah mencetuskan masalah di dalam industri seni. Mungkin ini ujian untuknya.

Okelah jom lihat, luahan hati Fasha semasa kes tersebut di dalam facebooknya. Eksklusif untuk anda!

Klik 2x untuk besarkan gambar

Bukti yang kemarahan Fasha ditujukan untuk Iqram Dinzly
.
Akhirnya, kes tersebut telah pun selesai. Hanya dengan lafaz maaf, masalah persengketaan telah selesai. Pengajaran daripada kisah tersebut, kita haruslah mengakui kesalahan diri untuk mengelakkan persengketaan. Satu lagi, ungkapan maaf adalah ubat bagi menyelesaikan persengketaan sesama manusia. Eh, macam penulisan C karangan sekolah rendah pulak! Okelah, setakat ini dahulu. Udada Ubabye!


ED: Memaafkan lebih baik daripada meminta maaf.. Tapi itulah yang paling sukar untuk dilakukan.

2 ulasan:

  1. fasha ni walau pun byk kontroversi tapi dia ni profesional..

    BalasPadam
  2. sukanya bila blogger nurizspace komen kat blog EDtv. TQ... ED setuju dgn komen nuriz ttg fasha sandha. hehe...

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi