Gambit Saifullah
Hai, topik hari ini tentang Gambit Saifullah. Dia adalah pengarah video klip Marilah nyanyian Prema Yin yang tengah panas tu. Jangan salah faham dahulu, ED bukan nak komen tentang video klip tersebut. ED nak cerita tentang isu maaf. Semalam baru je ED cakap tentang maaf. Maaf merupakan ubat bagi menyelesaikan persengketaan antara manusia. Yang dah lupa, baca entri ED semalam.
Gambit pengarah bagi video klip Prema Yin. Shahz Jaszle merupakan hero dalam video klip tersebut. Untuk lihat video klip tersebut, klik sini
Kes Gambit semalam, dia telah memaki hamun blogger yang mengutuk video klipnya melalui twitter. Marah betul Gambit dengan blogger2 yang menulis tentang video klip tersebut. Ramai blogger meminta Gambit memohon maaf dan menarik balik penayangan video klip tersebut. Disini ED nak memperbetulkan keadaan. Bukan ke Gambit Saifullah dah meminta maaf kepada media dan dia akan buat tindakan yang sewajarnya jika video klip tersebut memang tidak boleh diterima ramai? So, bagilah Gambit masa dan ruang untuk dia mengambil tindakan seterusnya.
Kita lihat sedikit luahan hati Gambit dalam twitternya semalam.
Kenyataan Gambit di Twitter semalam
Catatan twitter inilah yang menyebabkan ramai blogger tidak puas hati
Melalui pemerhatian ED, Gambit mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa kerana facebook dan twitternya banyak dilontarkan dengan kata-kata kesat oleh pihak2 tertentu. Sebagai manusia biasa, kadang2 kita sukar mengawal amarah di dalam diri. Macam ni lah, api lawan dengan api, jadinya api itu semakin besar. Itulah yang berlaku semalam. Fikir2 sendiri ye.. Jadi, bila kita nak menegur seseorang, tunggulah dia tenang dan cool dahulu..
Kenyataan Gambit hari ini di facebook. Dia masih marah lagi..
Okelah, semua manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Kadang2 apa yang terjadi tidak seperti apa yang kita inginkan. Akhir kata, sama-samalah kita meminta maaf untuk mengelakkan persengketaan. ED akhiri dengan sebuah video klip yang bertajuk Maafkan. Udada Ubabye!
ED: Tegur tanda sayang, maaf tanda perdamaian..
btol2....kalut2 sangat buat apa..relax sudah...kan2???
BalasPadamkalau dh tengok gayanya camtu egosentrik nk maafkan pulak, pakat2 boikot filem dia biar dia benkrap terus ...
BalasPadam