Isnin, 20 Jun 2011

Minyak Shell yang menjimatkan!


Hai, nampak tak logo di atas? Mulai hari ini, ED nak letak slot BiBe (Bijak Belanja) dalam blog EDtv. Tujuannya, ED nak kongsi pengalaman ED berjimat dalam berbelanja. Berjimat-cermatkan amalan mulia. Hehehe.. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca blog ini sampai ke penghujungnya.

Membuka cerita pertama dalam slot BiBe, ED nak cerita tentang minyak petrol yang dapat menjimatkan wang anda. Minggu lepas, ED isi minyak kereta di Shell sebanyak RM20. Alangkah terkejutnya ED apabila minyak kereta ED tahan selama 6 hari. ED isi dari pagi hari Isnin dan mampu bertahan sampai hari Sabtu. ED hanya gunakan kereta Kelisa ED untuk ulang alik ke sekolah kira2 20km dari rumah.

Sebelum ini, ED isi minyak di Esso. Selalunya bila ED isi minyak RM20 pada hari Isnin, minyak kereta ED hanya mampu bertahan sehingga hari Khamis sahaja. Wow, betul2 jimat isi minyak di Shell. Selepas melalui pengalaman tersebut, sekarang ED mengisi minyak di Shell untuk lebih penjimatan. Ops, lupa nak bagi tahu.. ED isi minyak kereta dengan menggunakan petrol RON95 sahaja.


Okelah, kepada pengguna kenderaan yang belum mengisi minyak di Shell, jom kita gunakan minyak petrol Shell untuk lebih penjimatan. ED tidak dibayar untuk catatan ini. Niat ED untuk berkongsi perkara yang baik kepada anda semua. Jimat hari ini, senang di kemudian hari. Udada Ubabye!!

Kenapa Shell jimat? Tengok sendiri iklannya.. Memang betul apa yang diiklankan.


ED: Blog EDtv membantu anda membeli dengan lebih bijak. Hehehe..

3 ulasan:

  1. sy pun suka shell , ramai member kata shell ni jimat

    BalasPadam
  2. cuba bandingkan ngn petronas lak....

    BalasPadam
  3. Sebelum ni pernah isi minyak kat petronas, x dpt tandingi shell jg. Setakat ni, puas hati isi minyak di Shell.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi