Ahad, 19 Jun 2011

Teka-teki sempena Hari Bapa!


Hai, hari ini adalah Hari Bapa. ED ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di dunia. Sempena hari bapa yang jatuh pada hari ini, ED nak ajak anda bermain teka-teki. Kalau nak lebih seronok, anda kena jawab dahulu teka-teki ED di ruangan komen & pendapat, selepas itu baru cek jawapan di ruangan paling bawah sekali. Dah sedia? Mari kita mulakan..

 Tajuk teka-teki: Hadiah isteri untuk si bapa

Alkisah.. Si suami baru balik kerja. Setibanya di rumah, si isteri sudah menunggunya di ruang tamu. Anak mereka sudah tidur di dalam biliknya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Jom kita lihat perbualan si suami dan si isteri!

Isteri: Selamat Hari Bapa, abang!!
Suami: Terima kasih.. Maaf, abang balik lewat hari ini sebab banyak kerja di pejabat.
Isteri: Tak apa, saya faham.. Abang, saya ada hadiah untuk abang.. Jom ikut saya masuk ke bilik.
Suami: Hadiah? Terima kasih. Jom la kalau macam tu.. hehehe..

Si isteri membawa si suami masuk ke dalam bilik. Apabila tiba di dalam bilik, si isteri menutup lampu dan pintu bilik mereka. Selepas itu...

Suami: Aduh, sakitnya!
Isteri: Sabar bang, teruskan..
Suami: Yes! dah berjaya.... Sedapnya!!! Terima kasih sayang..

Okelah, teka-tekinya ialah agak2 anda hadiah apa yang si isteri beri kepada suaminya di dalam bilik? Lucah? Mana ada lucah! Blog EDtv suci dan bebas pornografi tau. ED ulang semula cara nak teka,  sila taip jawapan anda di ruang komen dan pendapat, selepas itu baru cek jawapan di bawah. ED nak tengok juga, apa yang bermain di kotak fikiran anda. Hehehe..

Dah teka dan taip jawapan anda di ruangan komen & pendapat? Okelah, jom kita lihat jawapannya sama-sama.. 

lima..
empat..
tiga..
dua..
satu..


Jawapannya ialah, si isteri menghadiahkan si suami buah durian kerana si suami memang hantu durian. Si isteri sengaja menutup lampu bilik kerana dia ingin memberi kejutan serta cabaran kepada suaminya supaya mengopek durian di dalam gelap. Selepas berjaya mengopek durian, barulah si suami merasa durian tersebut lalu berkata, "sedapnya...!". Hahahaha... jangan marah ye..

 Anda boleh hadiahkan bapa anda durian jika bapa anda suka makan durian..

Hahaha.. maafkan ED kalau anda sakit hati meneka teka-teki ini. Okelah, sesekali bergurau dengan anda, apa salahnya kan? Selamat bergembira di Hari Bapa. Semoga hubungan kekeluargaan anda semakin erat hendaknya. Lain kali kita main teka-teki lagi ye.. Udada Ubabye!!

ED: Selamat Hari Bapa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi