Ahad, 24 Julai 2011

Berapakah jumlah bunga segar untuk perkahwinan Memey dan Norman Hakim?

Hai, tiba-tiba ED tertarik untuk berkongsi dengan anda tentang apa yang ED dengar tadi di rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9.   Topiknya tentang majlis perkahwinan mewah Memey dan Norman Hakim. Apa yang menarik di majlis perkahwinan mereka adalah konsepnya yang mewah ala-ala New York Wedding. 

 Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Kepada anda yang tidak menonton rancangan tersebut, cuba teka berapa banyak bunga segar yang akan digunakan di majlis perkahwinan mereka? Jom kita kira sama-sama menerusi gambar di bawah:

1 lori bunga

2 lori bunga

3 lori bunga

4 lori bunga

5 lori bunga

6 lori bunga

 
7 lori bunga

Haa.. 7 tan lori bunga segar akan digunakan dalam majlis perkahwinan Memey dan Norman Hakim. Banyaknya bunga segar. Daripada apa yang ED dengar, memang mewah majlis perkahwinan mereka pada 24 September nanti. Seperti yang anda semua tahu, baju persalinan Memey nanti bernilai 7.2 juta. Itu belum lagi tajaan barang kemas yang berjuta-juta dan tajaan kasut Prof. Dato' Jimmy Choo yang bernilai ratusan ribu ringgit.

 Antara tajaan yang diperolehi oleh Memey dan Norman

Okelah, mesti banyak liputan tentang perkahwinan mewah mereka nanti. Kita lihat je la bila tepat pada waktunya. Kepada sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan Memey dan Norman, jangan cuba2 untuk mencuri bunga2 segar yang ada di dalam dewan eh.. Hehehe.. ED akhiri dengan sebuah video klip yang ada kena mengena dengan bunga. Lagu best tau! Udada Ubabye!



ED: Selamat pengantin baru diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi