Hai, semalam ED telah pergi menyaksikan kehangatan Hot fm Hangatnya Tour di Plaza Angsana, Johor Bahru. Wah, sangat sesak dengan manusia semalam di Plaza Angsana. Macam ada jualan murah sempena Hari Raya pula suasananya. Semalam selain ada program Hot fm Hangatnya Tour di concourse plaza, di luar plaza pula ada Karnival Gegaria Harian Metro. Patutlah ramai orang datang Plaza Angsana semalam.
Mesti anda dah tak sabar nak tengok hasil tangkapan gambar ED semalam. Untuk pengetahuan anda, semasa Hot fm Hangatnya Tour berlangsung, ED mengambil kesempatan untuk berada di luar bilik persiapan artis dan dj2 Hot fm. Betul2 di tepi pintu masuk bilik persalinan mereka. Jadi bila artis2 mahu keluar masuk membuat persembahan, ED terus snap muka mereka. Hahaha.. macam paparazzi pulak. ED sempat bergambar mesra dengan seorang dj perempuan Hot fm. Hehehe.. Nak tahu, baca sampai habis.
Jom kita lihat gambar-gambar kehangatan Hot fm Hangatnya Tour semalam..
Bila ED sampai di dalam Plaza Angsana, Usop Wilcha dan Kieran (botak) sedang bersiaran langsung ke udara mengendalikan Hot fm. Suaranya boleh didengari di radio semalam. Anda dengar tak?
Wajah Kieran dan Usop Wilcha. Ramai kan orang yang mengerumuni mereka termasuk ED. Hehehe..
Bila ED ke luar plaza, ED dapat saksikan kemeriahan Karnival Gegaria Harian Metro di dataran Plaza Angsana. Apa yang menarik erk? Skrol tetikus anda ke bawah..
Banyaknya kereta yang diubahsuai. Ada pameran kereta di Karnival Gegaria.
Bila ED jengah di khemah Harian Metro, nampak si Roslan Shah ni sedang menghiburkan penonton dengan lagunya Cari Jodoh.. Malas la nak tengok dia, lalu ED masuk ke dalam Plaza Angsana balik..
Bila masuk ke dalam, konsert Hot fm Hangatnya Tour sudah bermula dengan persembahan Nubhan.
Faizal Ismail sedang bermesra dengan peminat di luar bilik persalinan. Waktu ni la, ED terus berada di sini untuk mengambil gambar artis dengan lebih dekat. Hehehe..
Nubhan dan pengurusnya setelah selesai membuat persembahan.
Chad Hot fm, sporting la dia bila ED nak ambil gambar dia
Deen dan Leya setelah selesai mengacara
Comelnya Leya
Iqa Mentor 5.
Oke sekarang, cuba teka ED dapat bergambar dengan dj Hot fm yang mana? Cuba lihat gambar di bawah.
empat...
tiga..
dua..
satu..
ED dan Suraya Hot fm. Suraya memang peramah dan sporting!
Okelah, walaupun anda tak pergi Hot fm Hangatnya Tour semalam, tapi anda boleh tahu serba sedikit tentang suasananya melalui blog EDtv. Malam ini, saksikan drama Aksi terbaharu TV3 iaitu Supermak dan esok pula drama Samarinda terbaharu iaitu Ramadan Terakhir. Udada Ubabye!!
ED: Hot fm lebih hangat daripada biasa, makan nasi hangat2 sedap wei..
minta maaf ye kepada penulis..saya pertama kali jumpa IQA masa ni, dia layan peminat dengan baik,tidak ada pun dia hampakan peminat yang ingin bergambar bersamanya. IQA sangat2 sporting, kami banyak bergambar sama time ni, sepanjang beberapa jam saya bersama IQA, senyuman tidak pernah lekang dr bibirnya, IQA sangat2 kelakar, saya ada banyak snap Pic IQA dimana IQA sentiasa memberikan senyuman bila saya snap pic..bila tengok pic ini IQa sedang fokus untuk giliran persembahan dia..penulis dah tegur dan berbual2 dengan IQA belum sebelum candid .. mybe dia x perasan dan dengar..IQA juga telah menghantar SMS mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sudi hadir bertemu dia...sebagai peminat saya rasa bertuah menyokong artis yang menghargai peminat..sekian terima kasih..
BalasPadamMaaf, mungkin betul ckp awak. Catatan ini ditulis mengikut pemerhatian peribadi saya sahaja. Mungkin situasi kita berbeza pada waktu tu.
BalasPadam