Assalammualaikum. Hari ini ED nak cerita tentang hal di sekolah la. Topik hari ini tentang murid2 India tahun 1 yang masih belum mahir berbahasa Melayu. Seperti peristiwa yang berlaku pagi tadi, ED kena belajar memahami Bahasa Melayu mereka. Pertama kali dengar memang nak ketawa, sebab rasa aneh bila mendengar ayat2 yang mereka tuturkan. Jom kita lihat makna daripada ayat2 yg murid India tahun 1 tuturkan pagi tadi dalam kelas Moral ED.
1. Cuba teka, apa makna ayat di bawah ini?
Murid: Cikgu, mata Roshini terbalik!!
Makna ayat di atas ialah: Cikgu, mata Roshini tak nampak sebab dia tak pakai cermin mata. Itulah yang murid India tersebut maksudkan. Hahaha.. Kalau la kita tak faham, mesti kita ingat yang mata murid tersebut terbalik. Susah untuk dibayangkan. hehe..
2. Kalau ayat ni pulak, faham tak?
Murid: Cikgu, Sathia buat cermin mata Roshini koyak!
Makna ayat di atas ialah: Cikgu, Sathia pecahkan cermin mata Roshini. Kelakar juga dengar cermin mata boleh koyak. Hahaha..
3. Oke, ni yang terakhir. Cuba teka makna ayat ini?
Murid: Cikgu, Ganeswaran saya pukul!
Makna: Cikgu, Ganeswaran pukul saya. Hahaha.. Kalau diperhatikan dari tatabahasanya, macam murid yang mengadu tu pukul Ganeswaran. Tapi secara logiknya, mana ada murid yg memukul murid lain akan mengadu pada gurunya.
Beginilah situasi ED bila mengajar Pendidikan Moral Tahun 1. ED kena memahami apa yg murid2 India cakap walaupun kadang2 ED pun tak faham. ED ingat lagi masa ED bekerja di McDonald, ED pernah kena maki dengan seorang customer Cina sebab tak faham apa yang dia pesan. ED akhiri catatan hari ini dengan dialog ED bersama customer cina semasa bekerja di McDonald pada tahun 2003.
Customer: Saya nak order Terbang-terbang ayam!
ED: ??? Terbang-terbang ayam yang mana erk?
Customer: Itu terbang-terbang ayam la...
ED: Maaf, boleh tunjukkan gambarnya tak di papan menu?
Customer: Lan*** lu, itu pun tak faham ke? (suasana kecoh sekejap semasa dia maki ED)
Akhirnya, orang yang beratur dibelakangnya bertanya pada customer tersebut. Selepas itu, dia pun bagi tahu ED apa makna terbang-terbang ayam tu: Rupa-rupanya makna terbang-terbang ayam tu ialah: Lihat gambar di bawah ye.. Udada Ubabye!!
Terbang-terbang ayam yang dimaksudkan ialah kepak ayam. Huhu..
ED: Cakap biar betul..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan