Hai, semalam mesti ramai orang tengok TV3 kan? Ye la, semalam kan Telenovela Marimar dan Drama Juvana sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah la kepada drama Juvana kerana telah memberikan impak maksima kepada penonton di Malaysia. Ramai orang berbual tentang kesudahan drama Juvana hari ini.
Pelakon Dewa Cinta
Tutup cerita tentang Juvana dan Marimar. Hari ini ED nak beritahu anda tentang episod terakhir drama Dewa Cinta pulak. Maaf la, drama Dewa Cinta tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Melalui pemerhatian ED drama ini kurang mendapat sambutan kerana.. Jom kita Zrett dahulu tentang drama ini! Selepas itu baru kita Zest apa yang menarik tentang drama ini. Buat kelainan sikit hari ini. Hehehe..
5 yang Zrett!
- Gandingan Fasha Sandha dan Iqram Dinzly tidak serasi (tiada chemistry).
- Jalan ceritanya lambat dan berbelit-belit.
- Lagu latar drama ini, banyaknya lagu dari Indonesia.. (serius, mmg banyak..)
- Ramai penonton yang tidak meminati Fasha Sandha. Namun begitu, ED tetap suka dia.
- Kadang2 terasa bosan mengikuti plot cerita Dewa Cinta. Macam ada yang hambar..
Namun begitu, masih ada yang Zest tentang Drama Dewa Cinta. Jom kita Zest!!
1 yang Zest!
- Lakonan Fasha Sandha memang tidak mengecewakan. Fasha belajar bermain gitar dan menyanyi dalam drama ini. Pernah sekali dia menyanyi dengan suaranya yang sebenar. Walaupun amatur tapi keberaniannya patut dipuji.
Jom kita lihat kesudahan drama Dewa Cinta. Bila last erk? Sila lihat gambar di bawah:
Fasha Sandha dan Iqram Dinzly
Selepas itu, kita lihat pula drama yang bakal menggantikan Dewa Cinta..
Sharnaaz Ahmad dan Irma Hasmie
Drama Akasia terbaharu "Kasih Alia" akan menemui anda pada 1 Ogos ini. Tak silap, awal puasa tarikh tu. Drama ini dibintangi oleh Irma Hasmie dan Sharnaaz Ahmad. Saksikan bersama-sama drama Kasih Alia yang bakal mewarnai bulan Ramadan anda. ED akhiri dengan beberapa lagi gambar berkenaan drama Kasih Alia. Udada Ubabye!!
Selain daripada Sharnaaz dan Irma, ada Sheila Rusli dan Yatt juga.
Pelakon utama drama Kasih Alia.
ED: Selamat menonton!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan