Hai, bagi anda yang menyukai cerita ED di sekolah. Tibalah masanya untuk ED berkongsi cerita tentang hal-hal di sekolah. Semuanya dirangkum dalam 1 slot iaitu ED & Sekolah. Selalunya ED banyak cerita tentang ED dengan murid-murid, tetapi edisi hari ini, ED nak cerita tentang cikgu lain pulak. Bukan nak mengumpat tapi ... Anda baca je la kisahnya sampai habis..
Eksklusif untuk hari ini, ED ada 2 kisah yang bagi ED kelakar untuk dikongsi. Kedua-dua kisah ini bukan terjadi pada ED tetapi terjadi pada rakan cikgu ED. Kebetulan, ED berada semasa 2 peristiwa tersebut berlaku. Tanpa banyak bicara, jom kita mulakan kisahnya.
Kisah lawak 1: Tersalah Ejek!
ED ternampak seorang guru perempuan memanggil seorang murid lelaki sesi petang. Guru perempuan tersebut menegur dan memarahi murid tersebut. ED dan guru perempuan tersebut merupakan guru sesi pagi. ED pelik, kenapa guru perempuan tersebut menegur murid sesi petang itu. ED pun tanya la kepada guru perempuan tersebut.
ED: Kenapa kak tadi?
Guru perempuan: Ohh.. pasal budak tu. Minggu lepas, masa akak lalu depan sekolah waktu petang (semasa murid2 petang balik sekolah), budak tu ejek2 akak dalam bas. Dia jelirkan lidahnya dekat akak. Lepas tu, dia suwit-suwit akak (macam bersiul tu..). Dia ingat akak bukan cikgu, tu yang dia buat macam tu. Tu lah sebab akak tegur dia tadi. Baru dia tahu akak ni cikgu.
Hahaha.. apa la motif murid darjah 3 buat perangai macam tu? Tak ada moral langsung. Tergelak ED dengar kisah tu..
Gambar hiasan..
Kisah lawak 2: Sakit Perut
Tadi semasa ED dalam perjalanan ke bilik guru, ED ternampak seorang murid lelaki mengadu sakit perut kepada seorang guru ni. Sempat ED dengar perbualan murid dan guru ni..
Murid: Cikgu, hari ni saya tak masuk kelas. Saya sakit perut. Saya nak berehat di bilik kesihatan.
Guru: Asal masa saya je, awak sakit perut. Kenapa awak ni?
Murid: Betul cikgu, saya sakit perut...
Guru: Awak ni selalu sangat sakit perut, awak mengandung eh?
Murid: ????????
Hahaha.. terus terdiam murid lelaki tersebut. Akhirnya murid tersebut bengang dan mengikuti guru tersebut masuk ke kelas. Padan muka dia, nak tipu tapi tak dapat. Hahaha..
Gambar hiasan
Macam-macam perangai murid yang terpaksa cikgu-cikgu di Malaysia hadapi di sekolah. ED rasa mana-mana sekolah pun, mesti ada ragam murid-murid yang tersendiri. Okelah, semoga anda terhibur dengan 2 kisah hari ini. Kepada pelajar-pelajar, jangan nakal-nakal. Udada Ubabye!!
ED: terima kasih kepada anda yang suka membaca segmen ED & Sekolah..
budak sekarang banyak alasan tak nak belajar.huhu
BalasPadam