Hai, hari ini ED nak berkongsi tentang kisah seorang murid ni. Sebelum ini, ED pernah menyiarkan kisahnya dalam catatan yang bertajuk Kuih Yang Menggunakan Santan atau Kelapa.. Dia mengadu kepada ED bahawa lengan tangannya telah digigit oleh seorang murid semasa di dalam van sekolah (perjalanan balik ke rumah). Terkejut ED tengok kesan gigitan murid tersebut.
Punca pergaduhan mereka disebabkan dendam si penggigit tersebut kepada si mangsa. Si penggigit dendam kerana semasa di sekolah, dia telah dihalang oleh si mangsa untuk membuang sampah. Mungkin si mangsa ni tidak memberi laluan kepada si penggigit semasa dia ingin membuang sampah. Apabila berjumpa di dalam van sekolah, mulalah si penggigit tersebut melepaskan amarahnya. Jom lihat lengan si mangsa yang mengadu kepada ED tadi.
Kesan gigitan murid di lengan si mangsa. Teruk juga..
Lengan si mangsa terdapat dua kesan luka melecet dan bernanah. Mungkin satu kesan daripada gigi atas dan satu kesan lagi daripada gigi bawah si penggigit tersebut. Kes murid tersebut telah diselesaikan oleh ibu bapa mereka. Macam-macam la budak-budak ni.. Tak habis fikir ED, kerana hal kecil tapi telah membawa kesan besar pada lengan si mangsa.
Kalau ada ibu bapa yang membaca blog ini, diharap dapat mengambil iktibar daripada cerita ini. Pantau-pantaulah perangai anak anda. ED difahamkan daripada guru kelas si penggigit tersebut, murid lelaki tahun 5 tersebut memang seorang yang panas baran dan pendendam.
Murid yang menggigit tu dah macam drama Sijundai. Menggigit manusia untuk mendapatkan darah. Tetapi bezanya, murid tersebut menggigit kerana naik darah dan menyebabkan lengan si mangsa berdarah. Huhu... Udada Ubabye!
ED: Hari ini Sijundai dan Annissa episod akhir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan