Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Assalammualaikum. Hari ini ED nak kongsi cerita tentang pengalaman ED berkursus di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka pada 27 hingga 29 Jun yang lalu. Ini merupakan kali keempat ED keluar berkursus pada tahun ini. Alhamdulillah, kursus ED telah berjalan lancar. Ada beberapa gambar2 menarik yang sempat ED tangkap untuk dikongsi kepada anda. Jom!
Ada beca di lobby resort. Sesuatu yang unik!
Replika rumah tradisional Melaka yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Replika tersebut diletakkan di lobby resort juga.
Suasana di dalam bilik. Ruang bilik yang besar.
ED dan TV! Hehehe..
Jom lihat ke luar bilik ED.. Nampak tak di belakang? Tak nampak, lihat gambar di bawah!
Cantik tak? Hamparan kolam renang terbentang luas. Pemandangan di sekitar resort memang indah dan menyegarkan..
Eksklusif untuk anda, ED lampirkan sekali suasana cikgu2 berkursus di sana. Anda lihat dan buat penilaian sendiri ye. Untuk pengetahuan anda, kursus ini merupakan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Cikgu2 yg terlibat adalah wakil2 daripada PPD Negeri Johor ( Muar hingga Mersing).
Kesibukan cikgu2 menyiapkan tugasan yang diberi.
ED pun sibuk juga. Hehehe..
Ada sesuatu yang pertama kali ED lihat di Puteri Resort. Nak tahu? Lihat gambar di bawah!
Lihat notis di atas. Pertama kali ED nampak notis "durian dan manggis dilarang bawa masuk". Fikir2 balik, kalau durian dilarang bawa masuk, ED faham kenapa sebabnya. Kalau manggis. apa sebabnya erk??
Okelah, setakat ini dahulu untuk catatan hari ini. ED akhiri dengan sebuah peristiwa kelakar semasa majlis penutup kursus. Semasa majlis penutup, ada seorang cikgu lelaki veteran ni, handphone nya berbunyi. Ringtone cikgu tersebut telah meriuhkan suasana seketika. Kenapa riuh? Dia pakai ringtone ni... lihat video di bawah. Udada Ubabye!!
Dengar tak lagu di awalnya? Haa.. lagu itulah yang menjadi ringtone cikgu lelaki tersebut. Hahaha..
ED: Pertama kali ED makan daging masak asam pedas Melaka di sana. Sedap!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan