Assalammualaikum. Hari ini ED nak berkongsi dengan anda tentang episod akhir Drama Kasih Alia. Anda tahu tak bila? Kalau nak tahu bila episod akhir Kasih Alia, teruskan membaca catatan hari ini. Selepas itu, ED akan beritahu anda tentang drama baharu yang akan menyusul selepas Kasih Alia. Seperti biasa, jom kita Zest & Zrett tentang drama Kasih Alia terlebih dahulu.
5 yang Zest tentang Kasih Alia!
- ED sangat suka tengok opening Kasih Alia yang memaparkan banyak pelakon menangis. Syahdunya.. Hehe..
- Lagu teriakan kalbu oleh Fida memang cocok (sesuai) dengan drama ini. Best!
- Tahun lepas, ED tak tengok Epilog Syurga Cinta. Bila tengok Kasih Alia, baru ED tahu yang Fida ni berbakat berlakon dan menyanyi. Tahniah!
- Kak Sheila, you are the best actress! Watak apapun boleh!
- Jalan ceritanya sedih dan menyayat hati. ED suka cerita sedih2 ni.
2 yang Zrett tentang Kasih Alia!
- Masa siaran yang tidak sesuai! Harap2 lepas ni, Slot Akasia dikembalikan ke waktu siaran asal iaitu pukul 6.30 petang.
- Iklan macam sama banyak dengan masa siaran drama ini. Tapi ada bagusnya juga untuk penonton2 menuju kejayaan (Faham2 sendiri ye..)
Masa yang dinanti telahpun tiba. Insya Allah, kalau tiada pindaan siaran, Drama Kasih Alia akan tamat pada bulan September ini. Bila tarikhnya? Jom lihat gambar di bawah!
Episod Akhir Kasih Alia, 20 September ini..
Selepas Kasih Alia, drama baharu slot Akasia yang baharu "Soffiya" akan menyusul. Kalau tak silap, Tiz Zaqyah akan menjadi watak utama dalam drama Soffiya yang akan datang. Rezeki Tiz Zaqyah tak putus2 dengan TV3. Wajahnya selalu ada di TV3 pada tahun ini.
Teraju utama Soffiya, Tiz Zaqyah dan Fizo Omar
Insya Allah, Drama Soffiya akan bersiaran pada 21 September nanti. Selain Tiz Zaqyah, jom kita lihat barisan pelakon yang membintangi drama Soffiya.
Azhar Sulaiman, Tiz Zaqyah, Izara Aisyah dan Fizo Omar
ED ada 1 pengumuman untuk anda, ED akan bercuti menulis blog pada Hari Raya nanti. ED akan bercuti mulai hari Selasa hingga Jumaat ini. Insya Allah, kalau ada bahan, ED akan menulis blog kembali pada Hari Sabtu depan. ED pun nak beraya jugak. Hehehe.. Okelah, Udada Ubabye!
ED: Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan