Assalammualaikum. Insya Allah, esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di dalam kita bergembira, ED nak kongsi sebuah kisah benar tentang seorang murid ED di sekolah. Semoga perkongsian cerita ini mengajak kita menyambut Hari Raya dengan penuh kesederhanaan. Jom kita lihat kisah benar yang menyentuh hati ini.
Ini kisah anak murid ED. Walaupun baru darjah 5, dia sudah belajar erti hidup susah dan dahagakan kasih sayang seorang ibu. Untuk pengetahuan anda, ibu murid tersebut sudah lari mengikut teman lelakinya. Kini dia tinggal dengan abang dan ayahnya di tingkat atas rumah kedai. Ayahnya hanya pemungut besi buruk. Malangnya murid ini apabila ayahnya seorang kaki mabuk. Semasa bulan puasa, hanya murid itu sahaja yang berpuasa dalam keluarganya tanpa bersahur. Tahun lepas, murid tersebut merayakan Aidilfitri tanpa ketupat dan rendang. Dia juga tidak beraya dan baginya Hari Raya sama sahaja seperti hari biasa. Kasihan ED tengok perjalanan hidup murid tersebut. Lihatlah, dalam kita bergembira, masih ada insan yang tidak berdaya. Mari kita doakan kesejahteraan untuk murid perempuan tersebut.
Okelah, semoga kisah di atas menjadi iktibar. Dikesempatan ini, ED nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog EDtv. Tak lupa juga, Selamat Hari Merdeka. Aidilfitri disyukuri, Kemerdekaan dirai. Mulai esok hingga Jumaat, ED akan bercuti daripada menulis blog. ED akhiri dengan sebuah video raya yang syahdu syahdan untuk tatapan semua. Udada Ubabye!
ED: Maaf zahir batin sekiranya catatan ED mengguris hati sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan