Sabtu, 3 September 2011

Drama Samarinda Terbaharu, Jiwa dan Lara di TV3

Assalammualaikum. Hai, bagaimana raya anda? Bertemu kembali di blog EDtv yang memaparkan tentang dunia televisyen dan dunia sekolah saya. Sebab itu tagline blog ini EDucation dan Televisyen. Hari ini ED nak beritahu anda tentang drama Samarinda terbaharu TV3 yang menggantikan drama Ramadan Terakhir. Slot Samarinda akan mula ditayangkan kembali pada 13 September nanti. Inilah drama Samarinda terbaharu, "Jiwa dan Lara". Jom lihat gambar di bawah!

 
 Faezah Elai dan Neelofa

Antara pelakon drama ini ialah Faezah Elai dan Neelofa. Bakal suami Faezah Elai, Heykal Hanafiah yang mengarahkan drama 26 episod ini. Untuk pengetahuan semua, Faezah Elai dan Heykal Hanafiah bakal bernikah pada tanggal 9 September ini. Tahniah diucapkan untuk mereka.

 Faezah Elai dan Heykal Hanafiah
Sumber gambar: Murai.Com

Sedikit cerita tentang Neelofa, rezeki dia memang mencurah2 sekarang ini. Banyak lakonan dia tahun ini di kaca TV. Bagi ED, dia bukan sahaja cantik tapi memang ada bakat seni pun. Jadi ED tak bersetuju jika dia dikatakan popular sebab paras rupanya.

 Neelofa juga turut berlakon dalam drama Tahajjud Cinta TV3

Okelah, sama-sama kita tunggu drama Jiwa dan Lara ini bermula 13 September. Sebelum terlupa, 13 September juga tayangan perdana drama terbaharu Slot Lestary iaitu Cinta Elysa lakonan Fasha Sandha dan Botak Juvana. Udada Ubabye!

 Sumber gambar: Suhan Post

ED: Selamat menonton!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi