Thalia sebagai Rosalinda
Hai, selamat berhujung minggu. Ingat lagi tak telenovella Rosalinda yang popular di TV3 pada tahun 2001 kalau tak silap la. Telenovella ni memang fenomena masa tu. ED di tingkatan 4 masa tu. Jadi, ED memang dapat tengok setelah balik sekolah menengah. Jom kita lihat kehebatan telenovella Rosalinda ini. Mungkin anda tersenarai dalam situasi di bawah ini.
Pengaruh Telenovella Rosalinda di Malaysia
- Ramai ibu-ibu yang nak cepat2 memasak dan mengemas rumah sebab nak tengok dengan fokus telenovella ini.
- Ramai guru-guru yang mengajar sesi pagi nak balik ke rumah cepat sebab nak tengok telenovella ini.
- Di tempat ED, ramai juga budak2 perempuan yang suka pakai bunga di telinga ala2 Rosalinda.
- Walaupun lagu Mexico, ramai juga yang suka lagu Rosalinda Ayamor.
- Di mana2 sahaja orang suka bercerita tentang telenovella ini.
Apa khabar Rosalinda yang pernah diminati di Malaysia sekarang erk? Anda dah tengok tak rupa Rosalinda di tahun 2011? Di tahun 2011 ini, Thalia aka Rosalinda telah menjadi duta syampu Head & Shoulders di tempat dia. Jom kita saksikan iklan syampu Head & Shoulders yang memaparkan wajah Rosalinda yang terkini. Masih bonita (cantik)!
Iklan Head & Shoulders Thalia 2011
Okelah, setakat ini dahulu catatan untuk hari ini. Selamat beraya kepada semua. Maklum, hari minggu adalah hari yang sesuai untuk berkunjung ke rumah sahabat dan taulan. Ingat, raya kan sebulan. Udada Ubabye!
Thalia bersama suami Tommy Mottola dan anak perempuannya yang bernama Sabrina. Mereka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada penonton2 di Malaysia. Hehe, gurau je..
ED: Kalau TV3 tayangkan balik Rosalinda, mesti ramai yang setuju..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan