Isnin, 5 September 2011

Bapak saya bukan kurma!


Hai, hari ini ED akan ceritakan dengan ringkas apa yang berlaku di sekolah siang tadi. Baru je naik sekolah, tapi anak murid ED dah buat hal lagi. Sedang ED menanda buku di bilik guru, seorang budak India datang berjumpa dengan ED. Dengan air matanya bergenang, dia mengadu kepada ED yang dia telah ditumbuk oleh seorang murid di kelas ED juga. Macam biasa, dia mengadu juga yang dia telah diejek dengan perkataan Balai Polis. Hahaha.. sebab apa dia diejek Balai Polis, baca kisah dia di sini. Bapak Saya Bukan Balai Polis!

Asyik murid ini sahaja yang buat hal dalam kelas ED

Jom lihat dialog ED bersama murid India tersebut!

Murid: Cikgu, S (bukan nama sebenar) tumbuk saya dan tolak muka saya ke tembok cikgu!

ED: Kenapa?

Murid: Saya pun tak tahu cikgu. Tiba2 je dia pukul saya. Dia pun ejek saya Balai Polis.. Balai Polis!

ED: Hehe.. (tersenyum kelakar). Pergi panggil S dalam kelas.

Selepas murid S tersebut tiba di bilik guru.

ED: Kenapa awak pukul dia?

Jawapan murid S ni betul2 buat ED tak boleh menahan gelak. ED nak marah tapi tak jadi bila dengar jawapan murid S ni. Jom lihat apa jawapan murid S tersebut!

Murid S: Dia yang mula dulu cikgu. Dia suka ejek nama ayah saya. Nama ayah saya Yusuf, dia ejek nama ayah saya Yusuf Taiyoob!  Bukan saya sahaja yang kena, banyak murid yang kena. 

ED: Siapa lagi yang kena ejek dengan dia?

Murid S: Ayah A (bukan nama sebenar) nama Peter, dia ejek Teh Tarik Kedai Mamak. Lepas tu, ayah L (bukan nama sebenar) nama Sager, dia ejek Ikan Segar. Dia memang suka ejek nama bapak orang cikgu.

Hahahaha.. ED tak boleh la dengar murid main ejek2 ni. Kelakar! Kesudahan daripada cerita ini, ED suruh mereka berdamai dan meminta maaf. Kan masih suasana Raya lagi. Okelah, Udada Ubabye!

 
Kurma Yusuf Taiyoob Safia memang sedap!

ED: Akibat mulut, badan binasa!









1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi