Assalammualaikum. Catatan hari ini ditujukan untuk anda yang liat dan malas untuk bersahur. ED faham kenapa anda malas untuk bersahur. Jom kita lihat 5 alasan orang yang malas untuk bersahur mengikut pemerhatian ED.
5 Alasan orang yang malas nak bersahur
- Orang yang malas nak masak.
- Orang yang tiada selera makan bila bangun bersahur.
- Pelajar universiti yang tiada mood bersahur apabila berjauhan dengan keluarga.
- Orang-orang bujang yang mengamalkan gaya hidup ringkas dan sempoi.
- Orang yang berfikiran "aku sahur atau tak sahur, sama saja.."
ED mementingkan waktu bersahur kerana banyak kebaikan bila kita bersahur. Pertama sunnah Nabi, kedua untuk mendapatkan tenaga sewaktu berpuasa di siang hari dan yang ketiga kerana aura Ramadan lebih terasa jika bersahur. Terasa sangat bulan Ramadan jika bersahur..
Sewaktu ED belajar di UKM dahulu, ED tetap bersahur walaupun bersendirian. ED ingat lagi, pukul 12 malam ED akan beli nasi bungkus di kafe kolej. Pukul 4.30 pagi baru ED akan bersahur dengan nasi bungkus tersebut. Tiba-tiba je teringat berpuasa masa belajar di universiti. Hehe.. Nasi bungkus yang selalu ED beli ialah nasi paprik sebab lengkap. Ada ayam dan ada sayur. Hehehe..
Sewaktu ED belajar di UKM dahulu, ED tetap bersahur walaupun bersendirian. ED ingat lagi, pukul 12 malam ED akan beli nasi bungkus di kafe kolej. Pukul 4.30 pagi baru ED akan bersahur dengan nasi bungkus tersebut. Tiba-tiba je teringat berpuasa masa belajar di universiti. Hehe.. Nasi bungkus yang selalu ED beli ialah nasi paprik sebab lengkap. Ada ayam dan ada sayur. Hehehe..
Nasi Paprik
Okelah, bagi anda yang malas nak bersahur, jom la bersahur walaupun makan sedikit. Tak tahu nak makan apa ketika bersahur? Sediakan pensel dan kertas. Jom catat menu bersahur paling mudah dan berkhasiat untuk dinikmati. Yang penting tak payah masak tapi masih berkhasiat. Wah, dah macam rancangan masakan la pulak. Apa-apa je la.. Jom!!
1. Biskut oat mampu memberikan anda tenaga berterusan semasa berpuasa. Ini kerana oat mampu membebaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi, takde la rasa lapar sangat semasa berpuasa.
2. Selepas makan biskut oat, ambillah kurma dalam 3 biji sebagai pencuci mulut. Kurma kaya serat dan glukosa di dalamnya mampu memberikan tenaga juga. Bagus untuk penghadaman juga.
3. Sebagai minuman, air teh kaya dengan antioksidan. Antioksidan mampu memberikan kesegaran semasa anda berpuasa. Beli air teh dalam kotak je. Mudah dan berkhasiat.
Okelah, bersahur tak semestinya makan yang berat-berat. Yang penting makan makanan yang membantu kita semasa berpuasa. Semoga menu di atas dapat membantu anda yang malas untuk bersahur. Oleh itu, sahur jangan tak sahur. Udada Ubabye!!
ED: Selamat bersahur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan