Assalammualaikum. Puasa ni banyak dugaannya. Kena banyak bersabar. Hari ini, ED nak kongsi dengan anda tentang 2 kisah kesabaran ED bersama anak murid pada bulan Ramadan ini. Jom lihat 2 kisah tersebut dan kalau anda di tempat ED, anda boleh sabar tak?
Kisah 1: Soal jawab guru bersama murid darjah 1.
ED tanya murid soalan paling senang untuk dijawab semasa mengajar. Niat di hati, biar murid-murid dapat menjawabnya.
ED: Murid2, 20 sen ditolak 10 sen berapa? (Niat di hati, biar murid dapat jawab..)
Murid 1: 30 sen!
ED: Bukan, 20 sen ditolak 10 sen? (ED siap tunjuk guna jari lagi...)
Murid 2: 3 sen cikgu!
ED: (kesabaran.............) seboleh-boleh nak jawab dengan angka 3. Huhuhu...
Kesudahannya, ED yang beri jawapannya..
Kisah 2: Soal jawab guru bersama murid darjah 5.
ED memang suka bagi soalan senang2 semasa mengajar. Niat di hati biar murid dapat jawab, tapi.... jom baca kisahnya.
ED: Cikgu nak tanya, tikar dibuat daripada apa? Bendanya boleh didapati daripada pokok di dalam hutan?
Murid: (tiada jawapan....)
ED: Baiklah, tikar dibuat daripada apa? Bahagian pokok yang mana?
Murid: Pokok!
ED: Ye la pokok, bahagian yang mana?
Murid: Biji benih!
ED: Astaghfirullah al Azim................ (kesabarannya aku di bulan puasa ni...)
ED: Murid-murid, tikar di buat daripada daun. Contohnya, daun mengkuang.
Tikar mengkuang
Huhuhu.. akhirnya ED juga yang bagi jawapan.. Untuk pengetahuan semua, murid-murid darjah 1 dan 5 tersebut adalah daripada kelas yang terakhir. Sebab itu, ED tanya soalan yang senang2.
Kesimpulannya, marilah kita bersabar ketika menjalankan tugas di bulan puasa ini. Ustaz kata masa ED bersekolah agama, kalau nak marah di bulan puasa, ingat balik niat kita. Sesungguhnya aku berpuasa hari ini. Okelah, ED akhiri dengan sebuah video klip ini. Udada Ubabye!!
Selepas ni, nak tanya pokok je la.. hehe..
ED: Mutiara kata, orang yang paling kuat adalah orang yang sabar.
kelakar baca kisah ED....budak-budak sekarang dah terlebih pandai...
BalasPadamterima kasih, ED akan kongsi lagi cerita2 best di sekolah. Teruskan mengikuti blog EDtv.
BalasPadam