Selasa, 9 Ogos 2011

Ana Lulu berakhir, Cinta Elysa menyusul di TV3

Nora Danish dan Fasha Sandha

Assalammualaikum. Anda tengok drama Ana Lulu tak? Hari ini ED nak beritahu anda tentang bila tarikh episod terakhir Ana Lulu. Sekejap je kan masa berlalu. ED yakin mesti ramai di antara anda semua yang meminati kecomelan Nora Danish dalam drama tersebut. ED pun minat dia juga. Okelah, eksklusif untuk anda, jom kita lihat bila tarikh episod terakhir drama Ana Lulu.

 Apakah Ana Lulu akan berkahwin dengan Harris? Saksikan episod terakhirnya..
 
Drama Ana Lulu mempunyai 13 episod. Malam ini episodnya yang ke 10. Jadi kalau dikira-kira, 30 Ogos ni adalah episod terakhir Ana Lulu. Tapi tak mungkin 30 Ogos ni akan ditayangkan episod terakhir Ana Lulu sebab Insya Allah pada tarikh tu, umat Islam akan mula berlebaran. Yeahh, raya dah semakin dekat.. Selalunya, pada 1 Syawal, TV3 akan menyiarkan rancangan2 istimewa Lebaran. Jadi, ED ramalkan mungkin anda dapat menyaksikan Episod Terakhir Ana Lulu pada 6 September nanti. Insya Allah.


Seperti dalam catatan ED sebelum ini, drama yang bakal menggantikan Ana Lulu ialah Cinta Elysa. Drama ini gandingan mantap lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif (Botak Juvana). ED diberi keizinan oleh pihak Suhan Post untuk memaparkan sedikit gambar-gambar shooting Fasha Sandha dan Johan Arif dalam drama ini. Jom kita lihat bersama!

Wajah Fasha Sandha dalam Cinta Elysa

 Wajah Johan Arif dalam Cinta Elysa.. garangnnya.. hehe..

Daripada mimik muka Johan Arif dapat menggambarkan kehebatan drama ini.

Nak tahu bagaimana kehebatan Cinta Elysa? Sama2 kita tunggu..

Sumber gambar Cinta Elysa: Suhan Post Blogspot 

Okelah, sama-sama kita saksikan kesudahan drama Ana Lulu ye. Selepas itu, kita tunggu sama-sama kehadiran drama baharu dalam slot Lestary TV3 iaitu Cinta Elysa. Peringatan, di bulan Ramadan ini dahulukan dahulu perkara yang patut anda dahulukan ye. Kata berkias, renung-renungkan maknanya. Udada Ubabye!


ED: Tak dapat tengok episod penuh drama2 kesukaan anda tak apa, boleh tengok kat TONTON. Yang penting kejarlah seberapa banyak ganjaran di bulan puasa ini. Salam Marhaban Ya Ramadan.







2 ulasan:

  1. InsyaAllah..Akan menonton drama ni..Minat FS dan Johan..

    BalasPadam
  2. Sama la kita.. ED pun minat FS!

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi