Isnin, 8 Ogos 2011

Murid bertengkar di atas kertas.. Kelakarnya!

Assalammualaikum. Hari ini ED nak cerita tentang hal di sekolah tengah hari tadi. Bila ED masuk kelas terakhir ni, ada seorang murid mengadu tentang ada 2 orang murid perempuan main balas-balas surat. ED dengan pantas menuju ke arah seorang murid perempuan yang memegang kertas tersebut lalu ED merampasnya. ED baca sekali imbas.. Ohh, tidak.. Kalau ED baca betul2 mesti ED akan ketawa terbahak-bahak dalam kelas. Namun begitu, ED terketawa  jugak setelah membaca sekali imbas surat tersebut.


Setelah habis masa, ED pun membaca surat tersebut di bilik guru. Hahaha.. Kelakar la budak-budak ni. Surat yang akan ED paparkan sebentar lagi bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi hanya untuk hiburan bersama di bulan Ramadan ini. Okelah, saat yang dinanti telah tiba. Jom kita lihat surat yang ED rampas tersebut. Eksklusif untuk anda pembaca setia blog EDtv.

Bagi anda yang tak jelas, sila baca sari katanya yang telah ED terjemahkan..

Sari kata:

Murid A: Oi "tuuuut".. Aku sudah beritahu kakak engkau. Engkau sama dengan 2x2 je lebih.. (sepatutnya 2x5, hehe..) Aku mintak-mintak engkau kena sambar petir. Macam mata engkau cantik sangat. Oh, "tuuut".. menjeling-jeling.. balas..

Murid B: Suka hati aku. Aku punya mata. Bukan engkau punya mata. Dan aku pun tak takut dengan kakak aku lah. balas..

Murid A: Maksud aku bukan pasal mata engkau bodoh. Aku cakap, engkau tak takut kena sambar petir?? (Hahaha.. ED tak tahan ayat kena sambar petir tu) balas..

Murid B: Hee.. bodoh! Kau tahu Allah Yang Maha Kuasa. Biar Allah yang balas. Allah nak balas aku mati ke? Itu aku punya pasal..

Hahaha.. rupa-rupanya mereka bertengkar di atas kertas. ED tak tahan ayat kena sambar petir tu. Kecik2 lagi dah pandai mendoakan orang yang tidak baik. Belum habis lagi tau. Jom kita lihat muka surat sebelah surat tersebut. Lagi kelakar. Hahaha..

Muka surat sebelah

Murid A: Oh! begitu.. Engkau cakap aku bodoh. Kenapa? Dah la suka "tuut..". Sekarang aku nak bocorkan rahsia engkau kepada "tuut.." (konon2 makwe dia la). balas...

Murid B: Rahsia apa? Aku tak pernah simpan rahsia aku kepada engkau sebab engkau mulut becok. (hahaha..)

Murid A: Semasa itu, engkau cakap kepada "tuut.." (yang konon2 makwe dia tadi) macam gedik-gedik. Bodoh, sekarang engkau sudah kantoi! balas di kertas lain, aku takde kertas. (Hahahaha..... dah bergaduh, boleh pulak minta kertas musuh dia. Lihat kawasan yang ED petakkan dalam gambar di atas)

Macam-macam la budak-budak ni. Mesti terlebih tengok TV sampai mendoakan kawannya kena sambar petir la, ugut-mengugut pasal konon-kononnya boyfriend la.. Hahaha.. Takpe, mungkin mereka tak matang lagi, baru darjah 5. Okelah, pengajaran hari ini, jangan bergaduh di bulan puasa ye. Tak baik! Udada Ubabye!!


ED: Bermaaf-maafan di bulan Ramadan lebih baik!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi