Selasa, 20 September 2011

Aaron Aziz Duta Minuman Tenaga Driver M7

Hai, anda pernah dengar tak Minuman enaga berjenama Driver M7? Eksklusif di blog EDtv, ED nak kongsi berita ini kepada anda. Minuman tenaga Driver M7 ini akan berada di pasaran pada bulan Oktober nanti. Minuman ini keluaran anak syarikat Mutiara Motor (syarikat yang menjual kereta mewah di JB). Kalau di JB, sebut sahaja Mutiara Motor, semua orang akan tahu..

Ini gambar tag nama kawan ED yang bekerja di Mutiara Motor

Pada 17 September 2011, Aaron Aziz pelakon yang terkenal sekarang ni dengan drama Jiwa dan Lara serta Stanza Cinta telah datang ke Johor Bahru untuk memeterai perjanjian duta produk minuman tenaga Driver M7. Ini bermakna, Aaron Aziz adalah duta bagi minuman tersebut. Pemilihan Aaron Aziz menjadi duta produk tersebut kerana dia pelakon yang aktif dan lasak. Sesuai untuk minuman tenaga Driver M7. Jom kita lihat majlis menandatangani perjanjian tersebut.

 Aaron Aziz menandatangani perjanjiannya sebagai duta Driver M7

 Aaron Aziz bergambar dengan staff Mutiara Motor

Pada majlis tersebut, kelihatan juga isteri kepada pemilik syarikat Mutiara Motor iaitu Juliana Banos. Seperti yang anda sedia maklum, Juliana Banos adalah isteri kepada pemilik syarikat Mutiara Motor iaitu Mokhtar Ahmad. Dah lama kita tak dengar khabar berita daripada bekas Dewi Remaja ni kan? Dulu, ED suka lagu2 Juliana Banos ni. Jom kita lihat wajah Juliana Banos yang terkini.

 Inilah wajah terkini Juliana Banos. Disebelahnya tu kawan ED. Sumber gambar2 ni semua daripada kawan ED yang dalam gambar tu. Terima Kasih.

Okelah, sama2 kita tunggu kemunculan minuman Driver M7 ini dipasaran bulan hadapan. Jom kita imbas balik zaman kegemilangan Juliana Banos dengan lagunya Yang Mana Satu. Udada Ubabye!!

 Juliana Banos

ED: Kadang2 badan kita memerlukan vitamin tambahan kerana kesibukan kerja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi