Jumaat, 23 September 2011

Maxis, Celcom & Digi, yang mana lebih baik?

Hai, ED baru sahaja balik dari Maxis Centre. Simkad ED rosak kerana selalu sahaja line takde dan tertera tulisan "simcard registration failed" di skrin handphone. RM10 dikenakan untuk mengganti simkad yang baru. Huhu.. dah macam beli simkad baru harga cajnya. Semasa ED menunggu giliran di Maxis Centre tadi, terdetik hati nak tulis catatan hari ini iaitu perkhidmatan telekomunikasi mana yang lebih baik berdasarkan pengalaman ED. Untuk pengetahuan anda, ED dah pernah guna Digi, sekarang ED guna Celcom dan Maxis.



Maxis (dari tahun 2006 - kini)
ED sekarang guna Maxis kerana faktor kawan. 97% kawan ED guna Maxis. Jadi, sebab nak dapat tarif yang murah, ED guna Maxis. Kelebihan Maxis bagi ED ialah bonus Hari Jadinya dimana kita dapat panggilan percuma selama sehari. Keburukannya, ED dah tukar 2 kali simkad Maxis sebab rosak. Tadi, ramai  pelanggan juga yang simkad rosak. ED mula terdetik, jangan2 ini taktik Maxis untuk mengaut keuntungan daripada pengguna? Wallahualam..




Celcom (dari tahun 2010 - kini)
ED guna 2 handphone. 1 Maxis, dan 1 lagi Celcom. ED guna Celcom juga atas faktor kawan dan juga keluarga. Alasan utama sebab nak dapat tarif yang murah bila dail atau sms nombor Celcom. Kelebihan Celcom bagi ED ialah kadar panggilan yang murah jika sama talian. Beza la pakai Celcom dan Maxis. Murah pakai Celcom lagi berbanding Maxis. Keburukannya, Celcom suka telan duit. Tiba-tiba sahaja kredit akan berkurangan atas perkhidmatan yang kita tidak minta. Contohnya perkhidmatan MMS. Ramai juga kawan2 ED terkena. Kes paling teruk pernah ED dengar daripada kawan ED, setiap minggu kreditnya akan ditolak RM3 kerana perkhidmatan Caller Ringtone yang tidak diminta.



Digi (dari awal ED pakai handphone tahun 2003 hingga 2011)
ED suka Digi tapi jodoh ED bersama Digi tak panjang. Pada Jun 2011, talian Digi ED akhirnya expired kerana ED lupa nak topap. Dah 3 bulan berturut2 ED tak topap untuk mengaktifkannya. Sayangnya, tapi mungkin dah takdir. Bagi ED, Digi adalah talian telekomunikasi paling baik. Tetapi ED pelik, kenapa tak ramai orang guna Digi. Kebaikan guna Digi ialah kadar panggilan yang paling termurah jika sama talian. Lepas tu, bila prepaid kita tarikh luput, baki kita tidak akan lesap selama 3 bulan. Beza dengan Maxis & Celcom. Jika sebulan kita tidak topap, baki kredit kita akan lesap serta merta. Rugi kan? Selepas itu, ED tak pernah mengalami masalah simkad rosak atau kredit kena telan. Begitu jujur dan teluskan Syarikat Telekomunikasi Digi? ED setuju dengan tagline Digi iaitu Digi, pastinya pilihan yang lebih bijak. Keburukan Digi, orang banyak tak nak guna Digi sebab kawan2 mereka tidak menggunakan Digi juga. Lagi satu, liputan Digi tidak seluas Maxis dan Celcom. Bila di kampung, line Digi takde...

 Sekarang, Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Aizat adalah rakan Digi. Dulu ED pakai Digi, banyak artis yang terlibat dengan Digi seperti Fasha Sandha. Hehe..
Kredit gambar: Dunia Kantoi

Melalui catatan hari ini, mungkin ada yang bersetuju dengan ED. Mungkin ada juga yang tidak bersetuju. Catatan hari ini cuma berdasarkan pengalaman ED sahaja. ED hanya berkongsi, bukan untuk mengeji. ED ada berura-ura untuk kembali kepada Digi semula satu hari nanti kerana perkhidmatannya yang memuaskan. Okelah, sekian sahaja. Udada Ubabye!!

 Jom layan klip video ni..


ED: Telefon bimbit kini menjadi satu keperluan..

6 ulasan:

  1. teringin nk guna digi. hehe
    skang guna celcom n maxis je

    BalasPadam
  2. digi line x brpa cantik...
    celcom paling mantap

    BalasPadam
  3. jom try ni..

    http://onexox-simkad-jimat.blogspot.com/
    http://simcards.onexox.im

    nice blog

    BalasPadam
  4. bg sy sng ctelh..bek guna tone excel ..korg topup slma ni xdpt pape pon..kn? cume dpt call msj internt tu je..pling best pon cume befday ..tp tone excel.. korg topup korg dpt free 1gb internt..call msj telco tone excel free.. income pasif.. cabutan bertuah setiap bulan setiap tahun dpt kereta.. dan pling best..topup da bole dpt insurans kemalangan 100k.. ade telco lain sng2 bg insurans?? xde..sbb dorg nk untong dorg je..xnk share dgn plnggn.. nk taw lebh lg bole pm.. 0107850722

    BalasPadam
  5. bg sy sng ctelh..bek guna tone excel ..korg topup slma ni xdpt pape pon..kn? cume dpt call msj internt tu je..pling best pon cume befday ..tp tone excel.. korg topup korg dpt free 1gb internt..call msj telco tone excel free.. income pasif.. cabutan bertuah setiap bulan setiap tahun dpt kereta.. dan pling best..topup da bole dpt insurans kemalangan 100k.. ade telco lain sng2 bg insurans?? xde..sbb dorg nk untong dorg je..xnk share dgn plnggn.. nk taw lebh lg bole pm.. 0107850722

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi