Hai, berjumpa lagi di hari Isnin. Hari ini ED nak cerita tentang hal di sekolah la. Pagi tadi, semasa ED mengajar Moral murid tahun 1, ada seorang murid lelaki berbadan besar tidak membawa buku teks. Jadi, ED suruh la dia duduk di sebelah seorang murid perempuan ni untuk berkongsi buku teks. Nak dijadikan cerita, murid perempuan ini tidak mahu berkongsi buku teks dengan murid lelaki tersebut. Mula-mula, ED tegur murid perempuan tersebut supaya jangan kedekut. Tetapi setelah ED mengalihkan pandangan ke tempat lain, dia menarik kembali buku teksnya dan tidak mahu berkongsi dengan murid lelaki tersebut.
Bila difikirkan kembali, baru ED tahu kenapa murid perempuan ini tidak mahu berkongsi buku teks dengan murid lelaki tersebut. Jom kita ikuti kisah murid perempuan ini bersama murid lelaki tersebut yang berlaku pada minggu lepas. Pada minggu lepas, murid perempuan ini pernah berjumpa ED untuk mengadu tindakan nakal murid lelaki tersebut. Jom ikuti dialog murid perempuan yang ED namakan sebagai Shini (bukan nama sebenar) bersama ED.
Shini: Cikgu....
ED: Ada apa Shini?
Shini: Cikgu, semalam Gana (bukan nama sebenar untuk murid lelaki tersebut) pukul saya...
ED: Kenapa?
Shini: Tak tahu cikgu. Lepas itu, dia cakap saya bab*..... Lepas itu....
ED: Lepas itu apa pulak?
Shini: Dia cakap I love U pada saya..
Selepas Shini mengadu yang si Gana lafaz I love U pada dia, ada 5 orang murid perempuan yang lain berdiri dan memberitahu perkara yang sama pada ED. Rupa-rupanya, si Gana ni suka cakap I love U pada murid perempuan. ED tergelak juga mendengar aduan2 tersebut kerana kelakar juga bila murid darjah 1 dah pandai jadi kasanova. Untuk pengetahuan anda, murid lelaki tersebut memang unik sebab suka cakap I love U pada murid perempuan. Bukan itu sahaja, pada awal tahun ni, dia sudah ada 2 kes mencium pipi budak perempuan darjah 1. Patutlah murid perempuan tidak suka kepadanya.
Pengajaran daripada kisah ini, kita jangan buat jahat pada orang lain sebab mungkin 1 hari kita akan memerluan bantuan daripada mereka. Satu lagi pengajaran, kepada ibu bapa semua, ketahui sifat dan kerenah anak anda di rumah ye.. Kalau ada yang pelik perangainya, bawalah mereka kepada yang pakar. Udada Ubabye!
Jom berhibur dengan lagu tema catatan hari ini, Kasanova daripada Stacy..
ED: Buat baik dibalas baik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan