Khamis, 15 September 2011

Corat-coret ED jaga UPSR 2011

Hai, pukul 4.00 petang tadi, selesai sudah peperiksaan UPSR. Murid tahun 6 gembira, ED pun tumpang gembira sekali sebab dah selesai tugas ED sebagai pengawas peperiksaan. Catatan hari ini, ED nak berkongsi tentang pengalaman ED menjadi pengawas peperiksaan untuk kali yang kedua pada tahun ini. Maaf, ED tak tulis nama sekolah yang ED jaga tahun ini atas sebab2 tertentu.


Macam2 cerita dan perangai budak yang ED nampak semasa ED jaga peperiksaan UPSR. Nak tahu, jom lihat corat-coret ED jaga UPSR 2011 di bawah ini.

 Tajuk: Corat-coret ED jaga UPSR 2011

1. Pengalaman pertama ED jaga calon murid yang mempunyai masalah pendengaran dan dyslexia di dalam bilik khas. Untuk pengetahuan anda, calon murid bermasalah pendengaran diberikan 15 minit tambahan masa menjawab, manakala murid dyslexia diberikan 30 minit masa tambahan.

2. Pada tahun ini, ED jaga calon murid di dalam 1 dewan sahaja dan 1 bilik khas. Bilik khas tersebut ED jaga bergilir2 dengan cikgu2 lain.

 Dewan peperiksaan yang ED jaga tahun ini

3. Oke, ED masuk pulak tentang gelagat2 murid yang ED jaga. Pertama, ramai murid bawa pensel dengan jumlah yang banyak. Murid yang paling banyak bawa 9 batang pensel 2b, 2 pemadam dan 2 pengorek. Dijamin, mesti tiada masalah jika sebatang pensel mereka patah atau rosak. Hehehe..

 Banyak tak pensel murid ni?

 
Seorang murid lagi yang membawa banyak pensel
Ha, ni seorang murid lagi yang membawa banyak pensel..

4. Pengalaman pertama ED jumpa seorang murid yang jika tidak dipegang bahu atau tangannya, dia tak nak jawab periksa. Menurut guru murid tersebut, murid tersebut cepat bosan bila jawab peperiksaan. Sebab tu, kita mesti pegang dan beri semangat kepada murid tersebut.
5. Sewaktu ujian aptitud berlangsung, ramai murid yang tidur. Ada yang tidur tak nak bangun, tidur keluar air liur basi dan ada yang bermain alat tulis yang dicantum seakan2 kapal terbang. Ada juga yang cari penyakit dengan main tarik2 getah sampai putus. Macam-macam.......

 ED suka tulis di papan putih semasa peperiksaan. Ha, di papan putih tu, ED yang tulis. Hehehe...

6. Pengalaman paling kelakar, ED tak dapat menahan gelak bila ada seorang murid ni berkhayal dalam dunia dia sendiri. Dia main layang2kan pemadam pakai tangan dia, selepas itu dia nyaris2 nak cium pemadam tersebut dengan mulut dia. Padahal, ED ada kat sebelah dia masa tu. Bila pemadam tu dah dekat dengan mulut dia, ED terus ambil pemadam tu dan suruh dia jawab periksa. Hahaha...

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hari ini. Itu sahaja cerita yang ED ingin kongsi bersama anda. Esok cuti sekolah. Okelah, selamat bercuti kepada semua. Selamat Hari Malaysia! Udada Ubabye!!

ED: Seronok juga jaga UPSR ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi