Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia Di Hati Ini..

 

Selamat Hari Malaysia

Assalammualaikum. Hari ini ialah sambutan Hari Malaysia. ED nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. Semoga Malaysia sentiasa aman, damai dan maju. Bersyukurnya ED menjadi warga Malaysia kerana negara kita majmuk dengan budaya dan agama. Paling penting, Malaysia aman daripada peperangan. Sama2 kita ucap Alhamdulillah. Jom syukuri Hari Malaysia dengan lagu Alhamdulillah daripada Too Phat dan Yassin. Hari Malaysia, ED pasang pun lagu anak Malaysia. Hehe..



Dikesempatan ini juga, ED nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pelakon dan penyanyi "Di Hati Ini". Dia akan bernikah pada hari ini. Cuba teka siapa yang ED maksudkan ini? Dia baru sahaja bergiat dalam bidang nyanyian. Dia pelakon air mata pilihan ED. Kebanyakan drama lakonan dia ED minat. Siapa?? Fasha Sandha? Bukan... Fasha Sandha bukan penyanyi. Kalau nak tahu, jom layan lagu Di Hati Ini nyanyian pelakon air mata tersebut. Boleh tahan juga dia menyanyi...

Eira Syazira

Jawapannya, Eira Syazira. Selamat pengantin baru kepada Eira dan pasangannya Azad Jasmin. Hari ini juga kawan sekerja ED melangsungkan pernikahannya pada Hari Malaysia. Selamat pengantin baru juga kepadanya. Okelah, ED akhiri catatan hari ini dengan gambar pra perkahwinan Eira Syazira dan Azad. Udada Ubabye!!


Hari ini hari bahagia Eira Syazira

 Eira Syazira bersama pasangan Azad Jasmin

Selamat Pengantin Baru

Selamat berbahagia Eira dan Azad
 


ED: Malaysia sentiasa di hati ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi