Ahad, 18 September 2011

Pompa Bensin paling popular di blog EDtv

Hai, hari ini ED nak cerita tentang kumpulan Pompa Bensin. Segalanya tentang Pompa Bensin. Pertama sekali, ED nak minta maaf dan buat pembetulan tentang catatan ED yang bertajuk Siapakah Pompa Bensin? Tekaan ED silap dalam catatan tersebut tentang penyanyi yang terlibat dalam kumpulan Pompa Bensin. Tapi, ada juga tekaan ED yang betul tentang penyanyinya iaitu Aqasha dan Nadia Aqilah.

Jom Kenal: Pompa Bensin

Sekarang, jom kita lihat artis2 yang terlibat dalam kumpulan Pompa Bensin ni. Ini bukan tekaan, tapi betul2.. Sumber diperolehi daripada Facebook halaman Pompa Bensin. Jom kenali mereka. 

 4 Anggota kumpulan Pompa Bensin

ED like Facebook Pompa Bensin ni untuk mengetahui perkembangan seni mereka. Kepada peminat Pompa Bensin seperti ED, kami digelar sebagai Pompa's oleh admin Facebook Pompa Bensin ini.

 Gambar anggota Kumpulan Pompa Bensin yang ED perolehi daripada akaun Facebook halaman mereka

Berbalik pada tajuk catatan hari ini, tahukah anda setakat ini catatan tentang Pompa Bensin paling popular di blog ini. ED terkejut kerana hampir setiap hari, ada sahaja pengunjung blog EDtv yang membaca catatan yang bertajuk Siapakah Pompa Bensin? Statistik di blog EDtv dan akaun Nuffnang EDtv menunjukkan, catatan Pompa Bensin paling ramai orang baca di blog EDtv. Lihat gambar bukti di bawah.

 Lihatlah statistik carian di blog EDtv menunjukkan catatan tentang Pompa Bensin sebelum ini mencatatkan jumlah pembaca tertinggi. 

Statistik di akaun Nuffnang juga menunjukkan Pompa Bensin mencatatkan jumlah carian tertinggi di blog EDtv. (Klik 2x pada gambar untuk besarkan statistik di atas)

Tahniah kepada kumpulan Pompa Bensin kerana sebuah lagu sahaja iaitu Jangan Lupa Namaku telah melonjakkan populariti mereka. Lagu mereka juga telah dimainkan mulai minggu lepas di corong2 radio seperti stesen Hot FM. Semoga kumpulan ini terus maju di persada seni suara tanah air. Sebelum ED akhiri catatan hari ini, Pompa Bensin memberitahu peminat2nya bahawa mereka akan mengeluarkan single kedua apabila halaman Facebook mereka mencecah 10 ribu like. So, tak reti2 lagi? Jom la like beramai2. hehehe.. Udada Ubabye!!

 Klik link di bawah untuk like Facebook Pompa Bensin: 


ED: Walaupun blog EDtv baru lagi, namun statistik di atas mampu menggembirakan kumpulan Pompa Bensin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi