Selasa, 13 September 2011

Ucapan Fasha Sandha kepada murid2 UPSR..

Hai, terujanya nak tengok Cinta Elysa malam ini. Manakan tidak, dalam seumur hidup ED, logo tulisan ciptaan ED akan digunakan dalam drama yang dibintangi oleh pelakon kegemaran ED iaitu Fasha Sandha. Selain itu, drama ini juga diramalkan bakal mengulangi kejayaan drama Natasha lakonan Fasha Sandha sebelum ini di Slot Lestary. Johan Asari juga menjadi faktor drama ini dinantikan oleh ramai penonton yang mengenalinya melalui drama Juvana. Jadi, jom ramai2 tonton Cinta Elysa malam ini.

 Episod pertama Cinta Elysa, malam ini
Sumber gambar: Suhan Post 
Sempena UPSR hari ini, Fasha Sandha tidak lupa memberi ucapan kepada murid2 tahun 6 melalui halaman facebooknya. Kalau tak silap, adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha juga menduduki UPSR hari ini. Jom lihat ucapan Fasha Sandha kepada murid2 tahun 6.

 Ucapan Fasha Sandha kepada murid2 tahun 6

Famili Fasha Sandha, disebelah Fasha tu adik dia Elisya Sandha

Elisya Sandha, adik bongsu Fasha Sandha. Cantik macam kakaknya. Hehe..

Okelah, sambil2 menaip ni, selepas Cinta Elysa nanti, jangan lupa tonton episod pertama drama Jiwa dan Lara lakonan Faezah Elai dan Neelofa. Bila tengok iklan drama ni, macam best. Kepada murid2 tahun 6, tengok TV berpada2 ye, jangan lupa esok masih ada peperiksaan lagi. Udada Ubabye!

 Jiwa & Lara, mulai malam ini

ED: Selamat menonton & Semoga berjaya dalam UPSR kepada murid2 tahun 6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi