Isnin, 12 September 2011

Pertanyaan murid yang biadab di Facebook!


Hai, berjumpa kembali di hari Isnin. Hari ini ED nak cerita tentang murid dan facebook. Sebelum ini ED dah pernah siarkan tentang kes murid dan facebook ni. Jom imbas balik cerita murid dan facebook sebelum ini. Nak baca, klik tajuk yang berwarna ungu.


ED ada 2 akaun facebook, 1 untuk kawan2, 1 lagi untuk murid2. ED sengaja asingkan sebab mudah untuk ED ikuti perkembangan berita antara kawan2 dan murid2. Lebih sistematik la. Hehe.. Hari ini, ED betul2 terkejut dengan pertanyaan seorang murid di dalam peti masuk akaun facebook  ED. Apa perasaan anda bila anak murid anda tanya soalan seperti gambar di bawah? Panas je hati..

 Klik 2x untuk besarkan gambar

ED tak pasti apa niat di hatinya. Mungkin dia ingat ada orang yang menyamar sebagai ED di facebook sebab ED memang ada 2 akaun facebook. Tapi yang tak sedap dilihat ialah kenapa mesti ada bahasa kesat? Beginikah sikap murid2 sekarang kepada gurunya. ED tahu siapa murid tersebut (anak murid ED juga), tapi ED tak berkesempatan untuk berjumpa dengannya pada minggu ini. Ini disebabkan ED ditugaskan untuk menjadi pengawas UPSR di sekolah lain bermula esok.

 Budi bahasa budaya kita

Dunia hari ini memang tiada sempadan tetapi bukan bermaksud kita boleh berbuat sembarangan di muka bumi ini. Hormatilah orang yang lebih tua dan orang2 yang telah mengajar kita. Pesanan untuk anda dan ED sendiri. Kepada ibu bapa, pantau2lah kegiatan anak anda. Okelah, udada ubabye!!


ED: Minggu depan ED akan berjumpa dengan murid tersebut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi