Jumaat, 9 September 2011

Comelnya Yuna menari..

Yuna

Hai, topik hari ini tentang Yunalis Zarai atau Yuna. Sebelum ini, kita lihat dia menyanyi statik tanpa menari. Tapi, pernahkah anda melihat Yuna menyanyi sambil menari? ED dah tengok dalam video klip lagu rayanya. Comelnya bila kita lihat seseorang yang tidak pernah menari, tiba2 sahaja menari. Jom kita lihat video klip Raya Oh Yeah daripada Yuna.

Lihat chorus pertama video ini untuk melihat Yuna menari

Bagaimana video klipnya? Best tak? Untuk pengetahuan anda, video klip di atas mencetuskan kontroversi sedikit pada awal tayangan apabila Yuna hanya bersalaman dengan lelaki-lelaki di dalam video tersebut, tapi hanya melambai tangan kepada kaum sejenisnya. Sepatutnya kan terbalik? Anda tengok sekali lagi video tersebut sekali lagi untuk lebih jelas apa yang ED maksudkan.

 Cara Yuna bertudung menjadi ikutan ramai

Akhir kata, ED nak Zest & Zrett tentang Yuna la. Dah lama pulak tak ZZ ni. Kepada pembaca setia blog ini, mesti anda dah tahu ZZ kan? Jom kita ZZ tentang Yuna!

5 yang Zest tentang Yuna!
  1. Artis yang berpendidikan dalam bidang guaman. 
  2. Bakat nyanyian dan menjadi komposer memang terserlah.
  3. Yuna kreatif dan inovatif. ED suka lagu Penakut. Lain daripada yang lain.
  4. Artis bertudung yang menjadi ikutan ramai.
  5. Banyak membintangi iklan di TV seperti Libresse, Canon, Digi dan terbaru Olay.

2 yang Zrett tentang Yuna!
  1. Imej Yuna yang bertudung kadang2 dicemuh kerana pakaiannya yang agak ketat.
  2. Video klip lagu raya Yuna menjadi kontroversi gara2 dia tidak bersalaman dengan perempuan dalam video klipnya.
Okelah, setakat ini dahulu catatan untuk hari ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kita manusia biasa, tak terlepas daripada kesilapan. Udada Ubabye!!


ED: Lagu raya Yuna, best juga dengar banyak kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi