Khamis, 8 September 2011

Harga Top Up naik disebabkan cukai 6%

Hai, ED ada berita tidak baik untuk pengguna talian prabayar. Mulai 15 September 2011, harga topup akan berubah. Kalau anda beli topup, pastikan anda membawa duit syiling sekali sebab harga topup sudah naik sebanyak 6%. Ini kerana pengguna terpaksa membayar cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6% sama seperti macam anda makan di KFC atau McDonalds. Terimalah hakikat ini pada 15 September ini ye.

 ED jual topup melalui EzyTopup

Sebenarnya ED dah 4 tahun jual topup, sejak di UKM lagi. Sekarang, ED masih jual topup lagi di sekolah. ED jual topup untuk kemudahan diri sendiri dan memudahkan kawan2 ED untuk topup juga. Lecehnya nanti bila harga topup dah naik. Malas nak balikkan baki duit syiling pembeli. Jom kita lihat harga baru topup untuk semua talian prabayar bermula 15 September nanti.


ED yakin, ramai pengguna yang tidak selesa dengan keadaan ini. Tapi nak buat macam manakan? Sabar je la. Okelah, Udada Ubabye!!

Taknak topup, guna telefon awam macam zaman dolu-dolu eh. hehehe..

ED: Ingat, 15 September harga topup sudah naik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi