Ahad, 9 Oktober 2011

Cerekarama TV3, Bawaku Ke Syurga..

Hai, hari ini ED nak update daripada catatan ED pada 1 Oktober iaitu Drama Bawaku Ke Syurga, akan datang di TV3. Pertama sekali, ED minta maaf sebab Bawaku Ke Syurga lakonan Fasha Sandha bukannya drama, tetapi telemovie yang akan disiarkan dalam slot Cerekarama TV3. Nak tahu, bilakah telemovie itu akan disiarkan? Lihat jawapannya di bawah nanti..

 Saksikan lakonan mantap Fasha Sandha yang bakal menggamit hati penonton..

Telemovie Bawaku Ke Syurga lakonan hebat Fasha Sandha akan ditayangkan pada hari Sabtu depan (15 Oktober 2011), pukul 10 malam di TV3. Ya, pada hari Sabtu depan... Sedikit sinopsisnya, Fasha Sandha melakonkan watak Rozinah yang menunggu hukuman mati di penjara. Dia dihukum mati kerana kesalahan membunuh. Membunuh siapa dan sebab apa? Tengok sendiri nanti ye..


Antara pelakonnya, Fiza Elite, Fasha Sandha dan Eizlan Yusof


Jadi, sama2 kita saksikan telemovie Bawaku Ke Syurga yang banyak pengajarannya. Selamat berhujung minggu. Udada Ubabye!!



ED: Masih tiada maklumat lagi tentang drama terbaharu Zehra selepas Tahajjud Cinta. Sabar ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi