Isnin, 10 Oktober 2011

Dasar Aparteid

Hai, dah seminggu ED tak buat catatan tentang kisah di sekolah. Ini kerana minggu lepas, ED terlibat dengan kursus anjuran PPD Pasir Gudang selama 5 hari berturut2. Jadi, seminggu ED tak datang sekolah. Hari ini ED kembali menulis catatan tentang kisah2 menarik di sekolah. 


Okelah, jom kita lihat cerita di sekolah hari ini. Dalam kelas tadi, ED ternampak surat di atas meja seorang murid ni. ED ingatkan surat cinta, jadi ED pun rampas. Bila ED baca surat tersebut, kesian la baca tentang luahan seorang murid perempuan kelas ED. Murid tersebut terasa disisihkan kerana warna kulitnya. Jom kita ikuti luahan hatinya kepada kawan2nya. Lihat gambar surat tersebut..

Klik 2x untuk besarkan gambar

Sarikata untuk anda yang tidak jelas tentang gambar di atas:

"Assalammualaikum..
"tuuutt.." aku tahu lah aku ni hitam. Korang tu putih bak bidadari. Aku tak cakap yang aku nak juga kau jadi pemain simpanan aku. Cuma nak cari je ok.. Kalau kau tak nak jadi pemain simpanan, biar aku yang jadi. Puas hati kau. Kalau tak suka juga tak apa lah. Korang hidup bahagia. All the best for bola tampar. GPS Good Girls."

Sebenarnya, surat itu ditulis kerana kumpulan murid perempuan tersebut akan bertanding dalam perlawanan bola tampar peringkat sekolah pada hari Rabu nanti. Dalam kumpulan murid tersebut, ada masalah untuk melantik pemain simpanan. Disebabkan itu, berlakulah perbalahan di antara mereka. Mulalah warna kulit di jadikan soal. Biasalah budak2, ada je yang tak kena.  ED ingatkan murid kelas ED mengamalkan dasar aparteid. Hehehe..

Pemenang America Next Top Model ke 14, Krista bersama Tyra Banks. Cantik tak? Hehehe..

Apa itu Dasar Aparteid? Menurut Wikipedia, Aparteid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrikaans. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Dah faham kan semua? Sesekali belajar di blog EDtv, apa salahnya kan? Okelah, jangan kita mengamalkan dasar aparteid ye.. Tak baik! Orang yang berkulit gelap, ada kelebihannya tau.. Udada Ubabye!!


ED: terlibat juga sebagai ajk pertandingan bola tampar tersebut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi