Isnin, 3 Oktober 2011

Gambar ED bersama Azwan Ali dan Didie Alias

Hai, tengok Melodi tak semalam? Kalau tengok, mesti anda dah tahu tentang perseteruan antara Azwan Ali dengan Didie Alias dan Ifa Raziah. Di sini, ED tak nak ulas tentang perbalahan mereka. ED cuma nak berkongsi kebaikan mereka yang mungkin anda tak tahu berdasarkan pengalaman ED berjumpa dengan mereka.

Azwan Ali & Didie Alias. Nak tahu kisah mereka, klik di sini.

Sewaktu ED belajar di UKM dulu, ED suka pergi program2 yang ada artis ni. Hari ini, ED nak tunjuk gambar ED bersama Azwan Ali dan Didie Alias. Kenapa? Tak percaya eh? Tengok sendiri la gambar di bawah ni. ED sertakan sekali cerita tentang perangai mereka ketika ED berjumpa dengan mereka.

Dari kiri: ED, Adlin Aman Ramli, Pejal (kawan ED), Azwan Ali dan Azie (kawan ED)

Gambar di atas diambil semasa ED pergi rakaman Jangan Tidur Lagi pada tahun 2007. Artis yang datang masa tu, Dato' Siti Nurhaliza, Hans Isaac, Emelda Rosmilla, Sharifah Amani dan Allahyarham Achik. Oke, sekarang ED nak cerita tentang perangai Azwan Ali di sana. Semasa ED pergi rakaman tersebut, ED memang puji la sikap Azwan Ali yang memuliakan tetamu (penonton) dalam rakaman tersebut. Azwan Ali yang ED jumpa memang peramah dan mesra peminat. ED ingat lagi, sewaktu kami mahu pulang, Azwan Ali menunggu di pintu keluar dan memberitahu kami supaya tidak serik untuk datang lagi. Layanan Azwan Ali memang bagus la walaupun dia artis.

ED & Didie Alias

Gambar di atas pula diambil ketika ED pergi ke Jom Heboh di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2007 juga. Didie Alias memang mesra peminat dan peramah. Itu yang dapat gambar sebelah dengan dia. Hehehe.. ED nak komen sedikit tentang pakaian Didie Alias. ED tak kisah kalau dia pakai fesyen yang pelik2 di kaca TV sebab dia adalah penghibur. Di luar sorotan kamera, dia tetap menjadi orang biasa dan berpakaian biasa.

Maaf, ED tak pernah bergambar dengan Ifa Raziah. Untuk peminat Ifa Raziah, ED beri video klip kesukaan ED ye. Terimalah video klip Ser.. Ser.. Ser.. daripada Ifa Raziah. Udada Ubabye!

Best kan hari Isnin dengar dangdut? Hahaha..


ED: Semoga perbalahan mereka cepat selesai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi