Hai, dah lama ED tak buat catatan tentang slot ID (Indonesia). Hari ini, ED nak buat catatan tentang slot ID la. Alhamdulillah, blog EDtv diikuti juga oleh pembaca2 di Indonesia. Terima kasih ya.. Buktinya, di halaman Facebook EDtv terdapat follower dari Indonesia.
Okelah, tajuk catatan hari ini ialah tentang iklan gula pasir di Indonesia. Di Malaysia, kita tak pernah lihat iklan gula pasir di kaca TV. Kalau ada iklan gula pasir pun ialah kempen kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Berbeza di di stesen TV Indonesia, mereka ada menyiarkan iklan gula pasir. Istimewanya lagi, sebuah iklan gula pasir ni memang gempak, kreatif dan nampak grand (mewah). Tak percaya? Lihat sendiri iklan gula pasir di bawah ini.
Bagaimana? Cantik kan iklan gula pasir tersebut? ED suka tengok iklan tersebut. Untuk pengetahuan anda, ED ada satu sifat pelik dalam diri. Bila tengok TV, mungkin anda benci tengok iklan. Tapi berbeza dengan ED. ED suka lihat iklan2 di TV. Daripada iklan tersebut, ED akan fikir nilai kreativiti dan keunikannya.
Di Malaysia, kita hanya ada kempen kurangkan gula sahaja.. Itulah perbezaan di Malaysia dan Indonesia.
Dah nak sampai penghujung catatan ni. Akhir kata, tambahkan manis di dalam senyuman, kurangkan manis di dalam minuman. Jaga diri semua. Udada Ubabye!!
ED: Rasa yang manis seperti aiskrim dan coklat dikatakan dapat mengurangkan stress.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan