Hai, hari ini ED nak kongsi peristiwa kelakar yang berlaku di kelas 5 Mutiara. Bukan 1 kisah, tetapi 2 kisah sekaligus. Peringatan, kisah yang akan dipaparkan nanti bukan untuk menghina tetapi untuk hiburan semata-mata.
Kisah 1: Had laju lebuh raya..
Semalam ED ajar murid2 5 Mutiara tentang cerita di lebuh raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa, ED suka tanya budak2 ni supaya mereka tak bosan. Soalan ED mudah sahaja, tentang had laju di lebuh raya. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti dialog di bawah..
Lebuh raya
ED: Cikgu nak tanya, awak tahu tak ayah awak memandu berapa kilometer sejam di lebuh raya? Senang cerita, berapa meter kereta bila ayah awak memandu di lebuh raya? Siapa yang tahu, angkat tangan..
Murid A: 150 cikgu..
ED: Oke, awak pula?
Murid B: 120 cikgu..
ED: Awak pula?
Jawapan murid ketiga ni yang ED tak tahan nak gelak. Lepas dia beri jawapan, automatik ED tergelak kerana jawapan dia tak dapat dibayangkan. Nak tahu apa jawapan dia, jom tengok...
ED: (tersenyum menahan gelak dalam hati. hahaha..)
Maaf la, ED takde niat nak malukan murid tersebut. Tetapi, ED memang tak boleh tahan dengar jawapan dia yang kelakar. Jawapan murid lain sebelum dia, hanya jawab angka sahaja. Tiba-tiba murid tersebut pulak sebut angka dengan ukuran yang salah. ED tak dapat bayangkan orang memandu sebanyak 200 gram sejam. Itu yang kelakar tu.. Kesudahan cerita, ED pun memberitahu murid2 tentang had laju di lebuh raya iaitu tidak boleh melebihi 110 km/jam.
Kisah 2: Skodeng perempuan mandi
Hari ini, ED bawa murid2 kelas 5 Mutiara pergi ke Pusat Sumber untuk program NILAM. Seperti biasa, murid2 membaca buku cerita dalam program NILAM. Tiba-tiba, murid yang jawab ayahnya memandu 200 gram di lebuh raya memanggil ED. Kenapa dia panggil ED? Jom lihat dialog di bawah.
Murid: Dia tengok gambar perempuan tak pakai baju. Lepas tu dia tengok gambar perempuan mandi dalam buku tu.. Lepas tu dia senyum2..
ED terus pergi ke tempat murid A dan melihat buku yang dibacanya. Betul ke dalam perpustakaan ada buku yang ada gambar sebegitu rupa? Pelik benar bunyinya.. Selepas ED melihat gambar dalam buku tersebut, ED terus tergelak.. hahaha.. Anda tengok la sendiri gambar tersebut di bawah..
Rupa-rupanya gambar kartun perempuan zaman dulu2 berkemban. Lawak betul la budak2 ni. Kadang2 murid2 kelas belakang ni buat ED tertawa dengan gelagat mereka. Tambahan pula, ED memang jenis orang yang mudah ketawa. Hahaha.. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Ketawa penawar duka. Hehehe..
Murid C: Cikgu, lihat A (bukan nama sebenar)!
ED: Kenapa?
Murid: Dia tengok gambar perempuan tak pakai baju. Lepas tu dia tengok gambar perempuan mandi dalam buku tu.. Lepas tu dia senyum2..
ED terus pergi ke tempat murid A dan melihat buku yang dibacanya. Betul ke dalam perpustakaan ada buku yang ada gambar sebegitu rupa? Pelik benar bunyinya.. Selepas ED melihat gambar dalam buku tersebut, ED terus tergelak.. hahaha.. Anda tengok la sendiri gambar tersebut di bawah..
Inilah gambar yang dikatakan oleh murid tersebut. hahaha..
Inilah gambar perempuan mandi yang dikatakan tadi..
Rupa-rupanya gambar kartun perempuan zaman dulu2 berkemban. Lawak betul la budak2 ni. Kadang2 murid2 kelas belakang ni buat ED tertawa dengan gelagat mereka. Tambahan pula, ED memang jenis orang yang mudah ketawa. Hahaha.. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Ketawa penawar duka. Hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan