Khamis, 13 Oktober 2011

Debaran Tahajjud Cinta Episod Akhir dan drama apa yang akan menyusul?

Hai, minggu ini ramai kawan2 di sekolah yang bertanya tentang sinopsis episod akhir Tahajjud Cinta. Selepas itu, mereka tanya sekali drama apa yang akan menggantikan Tahajjud Cinta? Kepada pembaca setia blog EDtv, maaf la sebab ED mengambil masa yang lama untuk memberitahu drama baharu apa yang akan menggantikan Tahajjud Cinta minggu depan. Nak tahu drama baharu slot Zehra apa yang menyusul minggu hadapan? Teruskan membaca catatan hari ini hingga ke penghujungnya ye.. ED dah tahu jawapannya.. hehe..

 Mesti tonton Episod Akhir Tahajjud Cinta ye..

Sekarang, ED nak berkongsi debaran kehangatan drama Tahajjud Cinta episod akhir yang akan ditayangkan malam esok. ED yakin, mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu kesudahannya. ED pun sama juga. Eksklusif, jom lihat beberapa gambar persoalan yang akan terungkai pada episod akhir Tahajjud Cinta. Mesti anda tak senang duduk bila lihat gambar di bawah. Hehehe..


 Fazura sebagai Citra

Remy Ishak sebagai Solahuddin

Eman Manan sebagai Ustaz Shauki. Ramai penonton yang tak sabar nak melihat dia dihukum kan?

Benarkah Seri akan terkorban dalam episod akhir Tahajjud Cinta? Saksikan sendiri ye..


Okelah, sekarang ED nak beritahu pulak drama baharu apa yang akan menggantikan Tahajjud Cinta. Untuk pengetahuan anda, mulai minggu hadapan tiada drama baharu yang akan ditayangkan. Tiada juga slot Zehra untuk minggu hadapan. Mungkin TV3 akan merehatkan siaran slot Zehra untuk seketika. Jadi, ganti rancangan apa erk? Kalau tak silap, minggu hadapan TV3 akan memanjangkan slot Mega Movie menjadi 3 jam bermula pukul 9 hingga 12 malam. ED akhiri dengan poster filem yang akan ditayangkan dari pukul 9 malam pada minggu hadapan ye. Udada Ubabye!!

Filem Pirates & Caribbean: At Worlds End akan ditayangkan bermula pukul 9 malam pada minggu hadapan..


ED: Selamat menonton..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi