Sabtu, 15 Oktober 2011

Erra Fazira kini bergelar juri

Hai, hari ini nak cerita tentang artis. Artis pilihan minggu ini ialah Erra Fazira. Dahulu, Erra Fazira memulakan kariernya di bidang seni dalam bidang nyanyian. Selepas itu, dia menjadi pelakon filem pulak. Selepas berkahwin, baru dia menjadi pelakon drama. Tahun 2011, Erra Fazira melebarkan lagi karier seninya dengan menjadi juri. Erra Fazira bertugas selaku juri bukan dalam 1 program TV, tetapi 2 program sekali dalam tahun ini. Inilah yang dinamakan rezeki.

 Erra Fazira

Mulai malam esok, anda dapat saksikan Erra Fazira bertugas menjadi juri dalam rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa di TV3. Akan datang, anda akan dapat saksikan Erra Fazira sebagai juri di TV2 pulak dalam rancangan Pilih Kasih Musim Ketiga. ED suka tengok rancangan Pilih Kasih arahan Rosyam Nor tu.

 Erra Fazira dan Azmeer dalam Vokal Bukan Sekadar Rupa

 Erra Fazira, Rosyam Noor dan Umie selaku juri Pilih Kasih 3. Akan datang di TV2.
Sumber gambar: Suhan Post Blogspot

Okelah, sekarang jom kita Zest & Zrett tentang Erra Fazira.


5 yang Zest tentang Erra Fazira!
  1. Cantik macam anak patung. Hehehe..
  2. Bakat lakonan dia memang hebat dan bervariasi.
  3. Dia berjaya menjadi juara Mentor kepada Salmah.
  4. Artis yang peramah dan berkarisma.
  5. Wajahnya komersial dan banyak terlibat dalam bidang pengiklanan.

2 yang Zrett tentang Erra Fazira.
  1. Erra Fazira kurang menyerlah dalam bidang nyanyian.
  2. Dia banyak menggunakan rambut palsu dan artis yang banyak koleksi rambut palsu.   
Erra Fazira berambut palsu macam Lady Gaga

Mesti anda dah tahu, filem pertama Erra Fazira ialah Sembilu. Tapi, tahukah anda bahawa Erra Fazira bukan pilihan pertama Datuk Yusuf Haslam dalam filem itu? Sebenarnya, pada awalnya watak Wati dalam Sembilu telah diberikan kepada Sofea Jane. Setelah Sofea Jane menolak tawaran lakonan tersebut, barulah digantikan dengan Erra Fazira. Kesan daripada itu, Erra Fazira telah banyak ditawarkan berlakon filem kerana bakatnya yang bombastik. Okelah, sampai di sini dahulu. Udada Ubabye!!

 Antara lagu Erra Fazira yang ED minat


ED: Bukan mudah jadi juri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi