Hai, anda semua dah tahu yang ED bekerja sebagai guru kan? Hari ini ED nak bersembang dan menyumbangkan cerita tentang guru. Sesekali bersembang tentang isu semasa, apa salahnya kan? Hehe..
Yang pertama sekali tentang Bajet 2012. Alhamdulillah, ED yakin semua guru di Malaysia tersenyum gembira apabila mendengar pembentangan bajet Jumaat lalu. InsyaAllah, tahun depan semua guru akan menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Melalui sumber yang ED perolehi, kenaikan gaji guru adalah seperti berikut. Apa yang pasti, jumlah kenaikannya agak lumayan la..
Kenaikan Gaji Guru:
- Guru Bukan Siswazah - akan naik gaji sehingga 39%
- Guru Siswazah - akan naik gaji sehingga 37.7%
Gaji Maksimum
- Guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA.
- Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.
Wah, banyak kan kenaikan gaji tahun depan? Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), menyifatkan kenaikan gaji guru dalam Bajet 2012 memang setimpal dengan beban tugas yang perlu dipikul oleh guru-guru (sumber: Nurizspace).
Gambar guru2 sesi pagi di sekolah ED tahun ini.
Cerita yang kedua ni, cerita yang tak sedap didengar oleh para guru. Selepas Bajet 2012 dibentangkan, ada pihak2 yang memperlekehkan tugas guru. Ada yang berpendapat, kerja cikgu yang paling senang sekali. Dah la kerja setengah hari, banyak cuti sekolah dan banyak lagi la komen negatif. Kalau ada di antara anda yang berfikiran begitu, anda salah besar! Jom hayati nukilan di bawah ini..
Inilah realiti tugas guru sekarang..
Bagaimana? Itulah nukilan ikhlas yang ED perolehi daripada halaman Facebook "Tanpa Insan Bergelar CIKGU, Siapalah Kita. Jangan Hina PROFESION Kami". Wah panjang betul nama halamannya, tetapi isi di dalam halaman tersebut amat realistik dan apa adanya. Kepada para guru, jom like halaman tersebut.
Halaman Facebook "Tanpa Insan Bergelar CIKGU, Siapalah Kita. Jangan Hina PROFESION Kami", sila klik sini.
Berdasarkan halaman facebook tersebut juga, ada 1 nukilan yang dilampirkan tentang gaji guru. ED suka la nukilan2nya. Jom kita lihat nukilan yang ED maksudkan..
ED setuju, jadi guru bukan kerana harta..
Okelah, setakat ini sahaja coretan ED untuk anda. Alamak, bercerita tentang guru, teringat balik zaman persekolahan ED. ED pernah dirotan oleh pengetua kerana datang lambat di sekolah menengah dulu. Hehehe.. Udada Ubabye!!
ED: Guru ibarat garam, digunakan selalu tetapi jarang dipandang nilainya.. Fikir2 kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan