Isnin, 17 Oktober 2011

Drama Supermak berakhir, Nilapura menyusul di TV3

Hai, topik hari ini tentang drama Supermak yang akan berakhir. Selepas itu, ED akan paparkan drama baharu yang akan menyusul selepas Supermak. Jadi, teruskan membaca catatan hari ini hingga habis sebab ada sisipan kisah ED di sekolah sekali hari ini. Bila episod akhir Supermak? Lihat gambar di bawah ini..

 Episod akhir Supermak, minggu hadapan..

Seperti biasa, jom kita Zest dan Zrett tentang drama ini.


5 yang Zest tentang Supermak!
  1. Lakonan Nasha Aziz nampak cute!
  2. Jalan ceritanya bersahaja dan kelakar.. Ok la..
  3. Pandai la anak2 Supermak berlakon..
  4. Lagu temanya best juga.
  5. Jarang2, drama Malaysia yang ada superhero perempuan..
 2 yang Zrett tentang Supermak!
  1. Maaf, drama ini sesuai untuk tontonan kanak2 la..
  2. Drama ini seakan kurang mendapat sambutan selepas Juvana.

Patah tumbuh, hilang berganti. Drama ini berakhir, drama baharu menanti. Hehehe.. Boleh tak buat peribahasa macam tu? Okelah, drama baharu yang akan menyusul selepas Supermak ialah Nilapura. Nilapura? Namanya macam kisah dulu2 je? Ya, Nilapura ialah drama epik yang mengisahkan tentang cinta. Nilapura merupakan nama sebuah negara dalam drama tersebut.

 Drama epik Nilapura, mulai 31 Oktober nanti.. di TV3

Jom lihat barisan pelakon yang membintangi drama epik tersebut.

 Dari kiri, Ryzal, Jue Aziz dan Amar Asyraf (pelakon baharu)

Okelah, sama2 kita saksikan episod akhir Supermak pada minggu hadapan. Selepas itu, jom kita lihat drama Nilapura pulak dalam slot Aksi TV3. Kalau tak silap ED, drama Nilapura merupakan garapan drama epik terhebat sentuhan Khabir Bhatia. Hebat tak hebat, sama2 kita saksikan nanti. Bercakap pasal hebat, ED akhiri dengan kisah kehebatan seorang murid darjah 1 yang berlaku di kelas ED hari ini. Udada Ubabye!


ED: Murid2, keluarkan buku teks Moral sekarang.
Murid: Cikgu, hari Rabu ini ada Moral eh?
ED: Ya, kenapa?
Murid: Maaf cikgu, saya tak dapat datang..
ED: Kenapa?
Murid: Hari Rabu ni saya demam..
ED: dalam hati.. (hebatnya budak ni! Boleh tahu hari Rabu ni dia demam) hahahaha..


ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi