Sabtu, 5 November 2011

Anugerah Skrin 2011 hambar!

Hai, catatan hari ini semestinya tentang ulasan Anugerah Skrin 2011 malam tadi. Maaf, mengikut pemerhatian ED yang pernah mengambil subjek ko-kurikulum Pengurusan Seni semasa di UKM dahulu, Anugerah Skrin yang berlangsung malam tadi hambar. Hambar dari segi suasananya, pengacaraannya dan persembahan yang ditampilkan. ED yakin ramai yang bersetuju dengan catatan ED hari ini.

Rozita Che Wan malam tadi

Secara ringkas, jom kita lihat kelemahan2 yang terdapat Anugerah Skrin 2011 dalam segmen Zest dan Zret! Lebih banyak Zrett daripada Zest dalam Anugerah Skrin 2011. Huhu..

7 yang Zrett!!
  1. Sangkaan orang ramai memang betul bahawa Rozita Che Wan tidak sesuai menjadi pengacara. Pengacaraannya nampak kaku malam tadi. 
  2. ED rasa macam sunyi je suasana Anugerah Skrin semalam. Tak nampak kemeriahannya.
  3. Persembahan yang ada nampak macam biasa sahaja.
  4. Set pentas pula ringkas dan biasa sahaja.
  5. Semasa Zahiril Azim dan Johan Asari membacakan anugerah, agak membosankan melihat mereka nak berlawak tetapi tidak menjadi.
  6. Pakaian Alyah seksi mengalahkan Jaclyn Victor (bukan Islam)semasa mereka membuat persembahan.
  7. Kenapa tidak dipublisitikan 5 calon akhir sahaja dalam setiap anugerah? Contohnya, semalam Drama Nora Elena tidak tercalon pun dalam Anugerah Drama Rantaian Terbaik. Padahal drama tersebut yang selalu dipublisitikan akan menang.
 
Alyah, Shila dan Jac. Yang mana lebih seksa mata nak tengok?

 Zahiril Azim dan Johan Asari
 
2 yang Zest!
  1. ED tetap berpuas hati dengan keputusan Anugerah Skrin malam tadi walaupun Fasha Sandha dan Drama Syurgamu Ramadan tak menang.
  2. Penggunaan i-pad semalam menunjukkan kelainan dan kemajuan dalam sesebuah anugerah walaupun ada masalah teknikal semalam. 
 
Bukan rezeki Fasha Sandha dalam Anugerah Skrin semalam. Hehe..
Sumber gambar: Budiey

Apa yang ED tulis hari ini hanya pandangan peribadi sahaja. Yang elok jadikan pengajaran, dan yang kurang elok dijadikan sempadan agar Anugerah Skrin terus menjadi anugerah berprestij di Malaysia. Setakat ini, ED rasa Anugerah Skrin belum boleh digelar anugerah berprestij lagi. Anugerah2 berprestij di Malaysia seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu yang selalu gah dan meriah penganjurannya. ED akhiri dengan keputusan penuh senarai pemenang Anugerah Skrin malam tadi (Sumber: Gua). Udada Ubabye!!

KATEGORI DRAMA
1. Drama Terbaik : Sanggul Beracun (Balang Rimbun Sdn. Bhd.)
2. Pelakon Lelaki Terbaik : Eman Manan (Janji Syurga)
3. Pelakon Wanita Terbaik : Umie Aida (Airmata Nur Salina)

Umie Aida

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Elfira Loy (Kum Kum)
6. Pengarah Terbaik Drama : Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
7. Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
8. Drama Rantaian Terbaik : Juvana (Filmscape)
9. Drama Komedi Terbaik : Geng Surau (Pena Creative Sdn. Bhd.)
10. Videografi Terbaik : Balang Rimbun Sdn. Bhd. (Sanggul Beracun)

KATEGORI FILEM
1. Filem Terbaik : Magika (KRU Studios)
2. Pelakon Lelaki Terbaik : Remy Ishak (Cun)
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Eja (Janin)

  Eja

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Sidek Hussin (Karak)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa (Cun)
6. Pengarah Terbaik : Osman Ali (Cun)
7. Lakon Layar Terbaik : Erhan Baharudin / Sujin Lee (Aku Tak Bodoh)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Yuen Yuet Leng (Suatu Ketika Ep. 12)
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa Dato' Fadzillah Kamsah
 3. Rancangan Hiburan Terbaik : Maharaja Lawak Akhir
4. Rancangan Muzikal Terbaik : Shout Awards 2010
5. Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2011 (Top 12 Show)
6. Laporan Khas/Berita Terbaik : Pengemis Terhormat (Buletin Utama)

ANUGERAH KHAS JURI
Anugerah Yasmin Ahmad : Shamsul Yusof
Anugerah Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)
 ED suka budak Fazli ni menang. Hehe..


ED: Selepas ini, ada Separuh Akhir Muzik-Muzik pulak di TV3.

2 ulasan:

  1. owh,ex budak ukm rupanya.wan ambik tarian kontemporari untuk ko-k masa first year

    BalasPadam
  2. grad thn bila? ED grad 2008. Budak Kolej Zaba.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi