Jumaat, 4 November 2011

Debaran Anugerah Skrin 2011 di TV3

 Logo Anugerah Skrin 2011

Assalammualaikum. 9 malam ini akan berlangsungnya Anugerah Skrin 2011 di TV3. Debaran kian terasa dengan ramalan-ramalan daripada pihak media dan pihak2 tertentu. Tahu tak ramalan2 pihak media massa tentang Anugerah Skrin 2011? Kalau nak tahu, jom ikuti catatan hari ini dalam segmen Sembang Sumbang.

Tajuk: Ramalan2 tentang 
Anugerah Skrin 2011

1. Rozita Che Wan tidak sesuai jadi pengacara?

Ally Iskandar dan Rozita Che Wan
 
Pengacara malam ini ialah Ally Iskandar dan Rozita Che Wan. Buat pertama kali TV3 berani mengambil risiko menawarkan jawatan pengacara anugerah berprestij tersebut kepada Rozita Che Wan. Ramai yang tidak bersetuju dengan Rozita Che Wan sebagai pengacara. Ramai juga yang memperlekehkan kredibiliti Rozita sebagai pengacara anugerah berprestij tersebut. Ini kerana Rozita Che Wan suka ketawa bila bercakap (Sumber: Galaksi TV9) Mampukah Rozita Che Wan menepis tohmahan masyarakat dengan memberikan penyampaian yang terbaik? Sama-sama kita saksikan nanti.

2. Drama bersiri Nora Elena bakal menang besar?

Drama Nora Elena

Kerana drama Nora Elena mencatatkan jumlah penonton yang tertinggi tahun ini, ramai yang menjangkakan drama Nora Elena akan membawa trofi drama bersiri terbaik. Namun begitu, drama bersiri yang tercalon dalam Anugerah Skrin tahun ini hebat2 belaka. Jom kita lihat, senarai drama2 yang tercalon untuk malam ini.

Akinabalu
Asmara 2
Dia Bukan Maryam
Juvana
Lagenda Budak Setan
Nora Elena
Roda – Roda KL
Syurgamu Ramadan
Tanah Kubur
Trilogi Cinta

Di antara calon2 drama tersebut, ED paling suka drama Syurgamu Ramadan yang ditayangkan pada Ramadan tahun lepas. 

Drama Syurgamu Ramadan menduduki tempat ketiga dalam Carta Top 10, Drama TV3 2010 yang ED minati. Nak lihat kembali carta tersebut, klik sini.

3. Fasha Sandha bakal merangkul trofi pelakon wanita terbaik?

 
Fasha Sandha
 
Melalui telemovie Berkalung Noda, Fasha Sandha dikatakan mampu menjulang trofi pelakon wanita terbaik. Ini kerana wataknya terserlah sebagai isteri yang curang dan perempuan gila dalam telemovie tersebut (Sumber daripada Gua.Com). ED mendoakan supaya pelakon kegemaran ED menang malam ini. Hehe.. Jom kita lihat senarai pencalonan telemovie pulak untuk malam ini.

3 Mawar Dara
Airmata Nur Salina
Bangunlah Mama
Berkalung Noda
Iqra
Jangan Hantar Aku Ke Neraka
Janji Syurga
Kemaafan Yang Tertanggguh
Korban Kasih Abah
Kum Kum
Masihkah Ada Sinar
Midah Kuih Bangkit
Pondok Plastik Tepi Kubur
Rendang Madu
Sanggul Beracun
Sudu & Garfu
Yang Terpuji

Okelah, betul atau tidak ramalan2 tersebut? sama2 kita saksikan Anugerah Skrin 2011 malam ini di TV3. Tema untuk malam ini ialah Golden Glamour. Mesti bling bling artis2 kita malam ini. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi