Hai, dah lama ED tak buat catatan tentang sekolah. Hari ini ED kembali menulis tentang kisah2 menarik yang berlaku kepada ED di sekolah. Minggu ini di sekolah ED ada peperiksaan akhir tahun. Jadi, ED nak buat corat-coret kisah2 menarik sepanjang minggu peperiksaan yang berlaku dari hari Selasa hingga hari ini.
Jom lihat kisah-kisah yang sempat ED kumpulkan untuk anda. Bukan sekadar cerita, tetapi ED sempat sertakan dengan gambarnya sekali. Gambar2 tersebut ED tangkap menggunakan teknik2 spy (murid tak perasan pun). Hahaha.. Eksklusif untuk pembaca blog EDtv.

ED kagum dengan seorang murid perempuan tahun 1 di atas ni, sebelum menjawab peperiksaan dia membaca doa dahulu daripada buku himpunan doa yang dibekalkan oleh ibunya.
ED tak kagum melihat murid tahun 1 di kelas tersebut berbual menggunakan kertas. Hai, darjah 1 pun dah pandai berbual melalui surat semasa peperiksaan. Adakah anda dahulu pun seperti ini? Hehehe..
Cuba lihat gelagat murid2 darjah 1 di atas setelah selesai menjawab kertas peperiksaan. Macam2 gaya kebosanan yang ditunjukkan. Murid yang dalam bulatan nombor 6 di atas sedang menangis sebab pening kepala (ED biarkan je sebab budak tu ngada2.. hehe)
Sebagai selingan, minggu ini juga ED terkejut melihat sejenis makanan (seperti gambar di atas) dijual di kantin sekolah. Sekali nampak macam ulat masak sambal. Biar betul?
Bila dilihat betul2, rupa-rupanya laksa goreng. Pertama kali ED tengok laksa di goreng. Patutlah mi nya nampak besar2 dan putih2.
Siapa murid perempuan ini? Dah dua kali berturut2 dia datang lewat setengah jam ke sekolah. Pagi tadi, bila ED tanya kenapa lambat? Dengan selamba dia jawab "saya ngantuk cikgu..". Tengoklah cara dia jawab peperiksaan, santai2 je. Hehehe..
Pagi tadi, peperiksaan mata pelajaran Sains. ED jaga kelas murid darjah 1. Dalam kertas soalan tersebut ada pembetulan. Murid2 diminta memotong dengan pensel gambar yang ED bulatkan dalam gambar di atas. Maksudnya, murid2 kena garis pakai pensel gambar2 yang tidak berkenaan. Tetapi...
Ada murid yang salah faham. Ada murid yang memotong kertas soalan tersebut. Tengoklah gambar di atas, kertas soalannya dipotong 2. Malangnya, tiada kertas soalan yang lebih. Jadi, terpaksalah ED stapler kertas yang dikoyakkan itu. Huhu..
Inilah perkara yang paling tak disukai, bila murid2 tahun 1 siap menjawab dengan cepat. Mulalah mereka berimaginasi di atas kertas tentang perkara yang bukan2. Contohnya, lihat sahaja gambar di atas ni.
Hari ini juga, ED telah diberikan kuih raya Deepavali oleh anak murid yang berbangsa India. Nandri!
Siapa murid perempuan ini? Dah dua kali berturut2 dia datang lewat setengah jam ke sekolah. Pagi tadi, bila ED tanya kenapa lambat? Dengan selamba dia jawab "saya ngantuk cikgu..". Tengoklah cara dia jawab peperiksaan, santai2 je. Hehehe..
Pagi tadi, peperiksaan mata pelajaran Sains. ED jaga kelas murid darjah 1. Dalam kertas soalan tersebut ada pembetulan. Murid2 diminta memotong dengan pensel gambar yang ED bulatkan dalam gambar di atas. Maksudnya, murid2 kena garis pakai pensel gambar2 yang tidak berkenaan. Tetapi...
Ada murid yang salah faham. Ada murid yang memotong kertas soalan tersebut. Tengoklah gambar di atas, kertas soalannya dipotong 2. Malangnya, tiada kertas soalan yang lebih. Jadi, terpaksalah ED stapler kertas yang dikoyakkan itu. Huhu..
Inilah perkara yang paling tak disukai, bila murid2 tahun 1 siap menjawab dengan cepat. Mulalah mereka berimaginasi di atas kertas tentang perkara yang bukan2. Contohnya, lihat sahaja gambar di atas ni.
Sebab dah banyak gambar dan cerita yang ED paparkan hari ini, ED tak nak ulas panjang2 lagi. Kesimpulannya, susahnya nak jaga peperiksaan murid tahun 1. Memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Mesti cikgu2 darjah 1 bersetuju dengan ED kan? Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Esok hari peperiksaan terakhir, sekarang ED dalam proses menanda kertas karangan murid.
bukan takat darjah 1...yang tingkatan 5 pun sama je feelnya .. tak campur surat cinta selit untuk cikgu.. hahhahaa
BalasPadamsemua cikgu ada cabaran msg2.. yg penting, kita enjoy je!
BalasPadam